Azmin percaya PR masih boleh diselamatkan
KUALA KRAI - DAP mungkin telah mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat
sudah tidak wujud lagi tetapi tidak bagi timbalan presiden PKR Mohamed
Azmin Ali.
Beliau mengakui adanya perbezaan antara ketiga-tiga parti pakatan pembangkang terutama antara DAP dan Pas tetapi yakin pakatan itu masih boleh diselamatkan.
Menteri Besar Selangor itu berkata, ketiga-tiga parti itu perlu mengadakan rundingan segera bagi mengelak berlakunya perpecahan dalam kerjasama mereka.
"Duduk dan berbincang secara berhemah dengan menghormati pihak lain, dan saya percaya kita boleh melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya kepada para pemberita selepas menyerahkan kunci rumah kepada mangsa-mangsa banjir Disember lalu di Desa Darul Ehsan di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Kerajaan negeri Selangor menaja pembinaan 60 buah rumah dengan kos RM62,000 sebuah yang berjumlah RM3.7 juta.
Sementara itu, Ahmad ketika diminta mengulas kenyataan DAP yang menyalahkan Pas di atas runtuhnya Pakatan Rakyat berkata, "mereka (DAP) menjadi punca masalah."
"DAP yang menjadi penyebab bermulanya masalah. Mereka memutuskan hubungan dengan Pas di Sarawak, kemudian di Sabah dan kemudiannya dengan presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment