Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BILA DAP TIDAK HORMATI PERLEMBAGAAN PAS MAKA SAH DAP KAFIR HARBI WAJIB DIPERANGI

Laksana pembatalan tahaluf siyasi secara total





Pas


 
PAS perlu melaksanakan secara total pembatalan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP, dan memastikan semua ahlinya yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang meletakkan jawatan, kata penganalisis politik.    

Pensyarah di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata jika ini tidak dilaksanakan, ia menggambarkan parti itu seperti tiada ketegasan untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan menimbulkan persoalan terhadap keputusan tersebut.    


"Saya melihat keputusan itu agak pelik kerana Majlis Syura Ulama Pas telah memuktamadkan pembatalan hubungan dengan DAP tetapi ahli Pas masih memegang jawatan di Selangor dan Pulau Pinang.  


"Jika mereka (Pas) benar-benar mahu memutuskan hubungan dengan DAP, sepatutnya mereka melaksanakannya secara total di mana mereka perlu menarik diri daripada sebarang jawatan kerajaan negeri di kedua-dua negeri itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam, Majlis Syura Ulama parti itu membuat ketetapan memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP ekoran tindakan provokasi berterusan, melanggar semangat kerjasama pakatan pembangkang serta mencampuri soal akidah, dasar dan matlamat Pas.


Bagaimanapun, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini dilaporkan berkata, tidak ada sebarang arahan dikeluarkan untuk ahli parti yang sedang berkhidmat dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor meletak jawatan meskipun Majlis Syura Ulama telah membuat keputusan itu.        


Dr Ahmad Martadha berkata tindakan ahli Pas kekal dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang menimbulkan kecelaruan tentang maksud sebenar mengenai tindakan Pas memutuskan hubungan itu.    


"Mereka dilihat masih mahukan jawatan itu. Saya rasa tindakan Pas memutus hubungan dengan DAP hanya di atas kertas tetapi tidak secara praktikal dan tidak  melambangkan apa sebenarnya yang diungkap mereka," katanya.    


Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali pula berpendapat tindakan Pas putus hubungan  dengan DAP ini hanya bersifat sementara kerana isu hudud.     


"Tetapi saya yakin mereka akan bersatu kembali untuk pilihan raya umum ke-14 kerana jika tidak bersatu mereka tidak akan berjaya untuk ke Putrajaya," katanya.


Untuk itu, anggota Pas yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang tidak akan meletak jawatan masing-masing, kata Mohd Fuad.    


Katanya, pemimpin utama kedua-dua negeri itu iaitu Lim Guan Eng daripada DAP dan Mohamed Azmin Ali daripada PKR juga tidak akan memecat ahli Pas bagi menjaga persepsi negatif masyarakat terhadap parti masing-masing.    


"Saya rasa mereka (PKR dan DAP) serba salah dalam isu jawatan ini kerana mereka tidak boleh pecat anggota Pas kerana Pas merupakan aset kepada mereka dan akan memberikan impak negatif sekiranya ahli Pas itu dipecat," katanya.    


Sementara itu, ahli Majlis Syura Ulama Pas Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pembatalan kerjasama politik itu tidak bererti terputus segala hubungan kemanusiaan dengan DAP.    


"Hubungan tolong-menolong atas dasar kebajikan dan taqwa...serta hubungan kerja melibatkan kerajaan negeri yang diperintah secara bersama (diteruskan)," katanya. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

......tapi, tang jawatan dan fulus, kerja bawah kafir harbi ni pun tak apa la.
kalau wajib diperangi, raya ni takkan nak makan nasi lemak cecah kari kosong...

akidah tolak tepi
maruah tak bererti
prinsip gadai kedai kopi
fulus janji mari

.......... bawwh kafir harbi pun bawah kafir harbi la
Nak buat camner

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.