Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LETAK JAWATAN ELAK SYUBHAH


Letak Jawatan Elak Pendapatan Syubhah Sebagai Simbol Amanah dan Integriti, Usah Salahguna Aset Derma Ikhlas Ahli PAS


Kuala Lumpur, 15hb Julai 2015 - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat , Dato Dr Mahfodz Mohamad berharap kepada rakan-rakan yang berhasrat untuk berhijrah meninggalkan PAS agar bersikap amanah kepada Allah dan berintergriti.

Beliau menegaskan demikian dalam salah satu kenyataan ringkas pada awal pagi ramadhan yang ke 28 tadi yang disampaikan kepada pihak kami.

" Kepada rakan-rakan yg nak berhijrah ke wadah baru ( GHB) ana ( saya ) ucapkan selamat jalan dan semoga berjaya dalam wadah baru itu" ujar beliau merujuk kepada kepada bekas pemimpin PAS yang dikatakan kecewa dengan keputusan pemilihan muktamar yang lepas.

Beliau juga turut menyeru pemimpin terbabit agar melepaskan jawatan secara terhormat sebagai lambang amanah dan integriti.

" Ana (saya)  juga berharap sahabat-sahabat dapat tinggalkan PAS dengan cara terhormat iaitu dengan meletakkan semua jawatan dalam PAS kerana tidak ada maknanya sebagai ahli PAS tetapi masih berkempen mengajak ahli-ahli PAS supaya tinggalkan Parti Islam SeMalaysia PAS dan berpindah ke wadah baru " ujar beliau lagi.

Menurut beliau lagi , sebagai seorang Islam golongan yang tidak berpuas hati dengan  keputusan pemilihan yang lepas hendaklah mengamalkan sifat amanah dan berintegriti sepertimana yang dianjurkan oleh junjungan besar Rasululllah s.a.w terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

" Sahabat-sahabat bebas untuk berpindah ke wadah baru tetapi janganlah gunakan markas-markas dan  premis-premis PAS  untuk kepentingan wadah baru kerana markas dan premis itu bukan kepunyaan individu walaupun  memegang jawatan Ydp/Tydp/Nydp dan lain-lain kerana aset-aset itu adalah kepunyaan jemaah PAS. Sebagai muslim dan muslimah  mestilah bersifat amanah dan berintegriti "

Beliau turut menasihatkan supaya semua Ahli Parlimen dan Adun yang menang di atas  penat jerih sumbangan ahli bawahan PAS agar meletakkan jawatan untuk mengelakkan pendapatan yang syubhah yang akhirnya memberikan kesan kepada ketenangan hidup seseorang di dunia dan akhirat.

 " Seruan ana (saya) kepada wakil rakyat di Parlimen dan Dun secara jujur dan ikhlas supaya sahabat-sahabat meletak jawatan  kerana tuan-puan adalah wakil rakyat bukan wakil Dap mahupun GHB ... "

" ... jangan tuan puan lupa  dengan sokongan ahli-ahli PAS  yang berkerja keras siang dan malam serta wang ringgit  yang disumbangkan bagi memenangkan anda selaku wakil rakyat PAS maka kerjaya kamu sebagai Ahli Parlimen dan  Adun  bukan hasil titik peluh kamu sendiri tetapi hasil sokongan dan dokongan daripada semua pihak daripada Tuan Guru Presiden dan pimpinan tertinggi parti dan seluruh  ahli-ahli PAS

" .. dan untuk  mengelakkan daripada pendapatan yang syubhat maka dengan penuh  jujur dan ikhlas  saya menyeru kepada sahabat-sahabat Ahli Parlimen dan ADUN agar meletakkan jawatan masing-masing semoga hidup  sejahtera di dunia dan akhirat kerana bersifat amanah dan integriti" tambah beliau lagi.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Ulama Parti Ajaran Syiah? Jangan nampak MEROYAN GILA weh..kalau jebon-jebon tu nak keluar PAS apa salahnya, kan PAS dah kuat!

SuJeng said...

Kita tunggu apa kata mufti.... Pandangan dari sudut hukum Islam tanpa bias........

SuJeng said...

Kita tunggu apa kata mufti.... Pandangan dari sudut hukum Islam tanpa bias........

SuJeng said...

Kita tunggu apa kata mufti.... Pandangan dari sudut hukum Islam tanpa bias........

Anonymous said...

Aku x pernah dengar profesional sebagai warisatul ambiyaa. Yg aku dengar ulamak warisatul ambiyaa. Nampaknya agenda yahudi berjaya menyusup dlm Islam sekular dan liberal untuk menentang Islam faundamental dan spritual. Buktinya ialah bila sanggup menangguhkan hudud demi setiakawan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.