Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISTIQAMAH BERSAMA ISLAM

Hati-hati Pulang ke Kampung, Teruskan Istiqamah Bersama Islam

Assalamualaikum w.b.t

Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan mengambil kesempatan ini merakamkan Kullu 'aam wa antum bikhair , Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin.

Pada kesempatan ini juga, kami PAS Wilayah Persekutuan mendoakan agar seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan senantiasa dikurniakan rahmat, keberkatan dan pengampunan dari Allah s.w.t.

Ramadhan 1436H bakal meninggalkan kita. Marilah kita mengambil kesempatan di penghujung Ramadhan ini bagi melakukan pecutan terakhir untuk mencari kelebihan Lailatul Qadr dengan memperbanyakkan membaca dan memtadabbur al Quran serta bertahajud dan mempertingkatkan sedeqah. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.

 Jangan lupa , kami juga turut mengharapkan daripada seluruh warga kota agar mendoakan kami dan kita semua agar terus beristiqamah dalam landasan perjuangan Islam sehinggalah kami memperolehi kemenangan di dunia dan akhirat

Disamping itu, doakan juga agar musuh-musuh perjuangan Islam gagal memudaratkan kami dalam merealisasikan cita-cita murni kami untuk menegakkan Islam di bumi yang bertuah ini. Semoga doa anda yang ikhlas memberkati lagi perjalanan dakwah kami.

Akhir sekali , kami mengiringi perjalanan pulang anda ke kampung halaman dengan doa agar diberkati dan dilindungi oleh Allah s.w.t . Berhati-hati ketika pulang agar sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada kali ini menjadi ceria dengan keberadaan anda di sisi keluarga.
Siiru 'ala barokatillah ...

Haji Mohamad Noor Mohamad
Pesuruhjaya ,
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.
28 Ramadhan 1436/15hb Julai 2015

2 orang berkata:

Anonymous said...

bukan korang istiqamah bersama hukum demokrasi ke?
dok peringat org pasal toghut konon...
dia sendiri berhukum dgn toghut dia buat do no..
hehe..

Anonymous said...

Istiqamah bersama Islam Ok je....istiqamah bersama pemimpin lantikan CAI......SORI

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.