Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Teori ??? kalo pakai teori pi duduk dalam hutan dengan monyit. Dalam islam tak pakai Teori

Gagal dalam teori sendiri

Pas


KUALA TERENGGANU – Beberapa pemimpin Pas terutama kumpulan progresif yang tidak mendapat tempat pada pemilihan parti yang lalu, disifatkan gagal dalam ‘ujian teori perjuangan’ dilaung-laungkan mereka sendiri.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, ketika berada di atas, sesetengahnya mengeluarkan beberapa teori perjuangan kepada orang bawahan, namun sikap sebenar terserlah apabila mereka tidak mampu mempraktikkan sebaik mungkin selepas ditolak perwakilan.

“Ketika menjadi orang besar, pelbagai teori perjuangan mereka beri kepada kita, tetapi apabila tiba masa untuk mengamalkannya, barulah kita tahu siapa pemimpin sebenar.

"Saya menilai dari sudut itu, beberapa pemimpin tidak lulus ujian teori itu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sesetengah pemimpin yang kalah terutama dari kumpulan progresif, yang masih mengkritik kepimpinan Pas secara terbuka walaupun pemilihan sudah sebulan berlalu.

Turut menggambarkan rasa tidak senang dengan sikap pemimpin yang masih bercakap negatif mengenai pemilihan dan kepimpinan Pas, kata Azman, lebih baik mereka diam untuk sementara
waktu.

Menurutnya, secara sedar atau tidak, sikap sedemikian memakan diri sendiri, menzahirkan karakter sebenar diri mereka dan menyempitkan peluang mendapat tempat dalam kalangan ahli Pas pada pemilihan akan datang.

“Kalau boleh muhasabahlah. Tengok apa yang kita buat sehingga ditolak secara total,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pihak terlibat, perwakilan yang membuat pemilihan adalah mereka yang terpilih dan tahu mengenai isu politik dalaman di peringkat Pas.

“Yang dipilih ke muktamar bukannya tidak tahu hujung pangkal, bukannya orang yang tidak tahu apa yang berlaku.

"Untuk muktamar tahunan Pas, sudah tentu perwakilan dipilih dalam kalangan yang terbaik.

Apabila sudah buat keputusan begini, alangkah baiknya kita hormati,” katanya.

Kata Azman, semua pihak perlu beri peluang kepada kepimpinan baharu sehingga tempoh ditetapkan untuk bekerja, melaksanakan langkah baharu bagi memperluaskan sokongan terhadap Pas.

Menurutnya, jika kepimpinan gagal melaksanakan tanggungjawab dalam tempoh tersebut, sudah tentu perwakilan akan membuat sesuatu pada penggal akan datang.

“Tetapi mereka belum pun sempat mengorak langkah, macam-macam nada menghina yang keluar daripada pemimpin Pas sendiri.

”Sepatutnya apabila bertanding atas dasar ‘berlumba-lumba untuk buat kebaikan’, kalau dipilih bukanlah satu penghormatan, tapi tanggungjawab

Kalau tidak dipilih, ALLAH akan tentukan posisi lain di pihak kita,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Entahlah
Aku pun tak paham dgn hadi ni
Dia ni ulamak jenis apa entah
Fitnah pil kuda la, barua la, anjing la
Mudah2an sblum mati besok dia sempat tobat dan mintak mahap kat org2 yg dia dah fitnah. Klu tak mintak mahap, ke nraka la jwpnya

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.