Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN PUK PEK,PUK PEK SAHAJA

RAKYAT TAK AKAN BERHENTI MEMBUAT TUDUHAN JIKA ADA MAKLUMAT, JIKA IANYA SUATU TUDUHAN PALSU MAKA KERAJAAN ATAU TUAN PUNYA BADAN PERLU BUAT SAMAN, KALAU TAK BERANI SAMAN MAKA ITU PERTANDA TUDUHAN BETUL -Pak Karamu       

                                                  
Henti tuduhan tidak berasas terhadap PM

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

IPOH - Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meminta pihak tidak bertanggungjawab berhenti melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia boleh menjejaskan ekonomi negara. 

Beliau berkata ini kerana ia boleh mencetuskan sentimen yang tidak baik dalam kalangan pelabur dan seterusnya menurunkan nilai mata wang negara.

"Perlu lebih rasional dalam konteks kita menghadapi masa depan negara ini ... tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini bukan sahaja mensabotaj ekonomi tetapi juga menjejaskan masa depan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan zakat kepada penduduk Kampung Cik Zainal Tambahan Satu, Chemor di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya tindakan Najib menjawab dengan pantas terhadap laporan Wall Street Journal yang mendakwa kononnya kira-kira RM2.6 bilion dana 1MDB telah dimasukkan ke akaun peribadinya, menunjukkan beliau seorang yang berintegriti.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam berkata laporan itu merupakan "sabotaj politik" yang berterusan dan yakin terdapat usaha bersepadu oleh individu tertentu untuk memburukkan kerajaan dan menyingkirkan perdana menteri yang dipilih secara demokrasi.

Semalam, 1MDB menjelaskan yang syarikat itu tidak pernah menyalurkan sebarang dana kepada Najib.

Pendedahan terbaru itu telah membangkitkan kebimbangan mengenai kesahihan beberapa dokumen 'bocor' yang digunakan beberapa saluran media dan blog dalam talian seperti Sarawak Report untuk memperdayakan orang ramai selain mewajarkan tuduhan yang dibuat terhadap syarikat ini serta kerajaan. -Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.