Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUAT TUGAS SECARA IKHLAS, JANGAN KITA DIPERGUNAKAN UNTUK KEKALKAN KUASA

SPRM
SPRM
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menzahirkan ucapan terima kasih di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada suruhanjaya itu dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Mustafar Ali bagaimanapun berkata, pihaknya berharap tidak diadakan sebarang perhimpunan di premis berkenaan sepertimana yang disebut-sebut beberapa pihak sebelum ini.


"SPRM memohon kerjasama agar tidak meneruskan tindakan mereka kerana bimbang ia akan mewujudkan suasana tidak selesa kepada orang ramai yang berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan memandangkan sebahagian besar pejabat SPRM terletak dalam kompleks atau bangunan Kerajaan Persekutuan.


"Pada pandangan SPRM memadai dengan sokongan yang telah diperlihatkan setakat ini dan memohon rakyat terus memberi kerjasama dengan SPRM dalam memerangi jenayah rasuah. Rakyat boleh terus memberi kerjasama dalam memerangi rasuah dengan tidak memberi rasuah, tidak menerima rasuah dan melaporkan  semua bentuk jenayah rasuah," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Mustafar, suruhanjaya itu juga menyambut baik kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menangguhkan sementara siasatan melibatkan pegawai SPRM berhubung kes kebocoran maklumat.


[ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan babit SPRM ditangguh, tak mahu masam muka]
[ARTIKEL BERKAITAN: Kembalikan dua pegawai SPRM, jika tidak...]

"SPRM berpendapat bahawa tindakan ini akan membantu mengatasi suasana tidak senang yang wujud sekarang. SPRM memahami tugas dan tanggungjawab PDRM, dan begitu juga PDRM berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab SPRM.


"SPRM ingin jelaskan bahawa Suruhanjaya ini komited untuk menjalankan tugas membanteras jenayah rasuah secara bebas, telus dan profesional," katanya.


Mengulas lanjut, Mustafar turut meminta semua pihak agar tidak menyampai dan menyebar luas maklumat-maklumat yang tidak sahih serta andaian negatif yang boleh mengelirukan dan malah boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.


Beliau turut menjelaskan mengenai status 'cuti' Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.


"(Tan Sri Abu Kassim) telah menjalani pembedahan  di sebuah hospital di ibu negara pada hari Jumaat, 7 Ogos 2015. Pembedahan ini telah lama dijadualkan dan atas nasihat pakar perubatan, Tan Sri Abu Kassim telah selamat menjalani pembedahan," ujarnya.


"Tan Sri Abu Kassim yang masih mendapatkan rawatan sedang beransur pulih. Pakar Perubatan yang merawat beliau telah menasihatkan agar Tan Sri Abu Kassim berehat secukupnya sebelum kembali bertugas," tambahnya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.