Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KELUAR SEBELUM DIPECAT

Bekas Ketua Pemuda Pas Melaka keluar parti
Harapan Baru
MELAKA - Bekas Ketua Pemuda Pas Melaka Jauhar Mohd Dawi hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan telah menyertai Gerakan Harapan Baru.

Timbalan Koordinator Harapan Baru Negeri Melaka itu berkata tindakannya keluar daripada Pas kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dipilih pada muktamar lepas yang disifatkannya telah tersasar daripada perjuangan asal pakatan rakyat.


"Banyak isu (dalam Pas) tentang fitnah memfitnah dan melabel, serta dalam pemilihan baru-baru ini suatu pemilihan yang tidak begitu baik. Politik dibawa pimpinan baharu ini lari daripada muktamar untuk mengukuhkan pakatan rakyat.


"Saya rasa amat kecewa dan perlu pergi kepada Harapan Baru kerana mereka membawa satu model yang baik, ini suatu gerakan Islam juga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Jauhar, 40, menjadi Ketua Pemuda Pas Melaka antara 2013 hingga pemilihan Pas tahun ini dan Ketua Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil antara 2011 hingga 2013.


Beliau merupakan ahli Pas yang pertama di negeri ini yang mengumumkan  keluar parti dan menyertai Harapan Baru.


Pada 4 Ogos lepas, bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Melaka Adly Zahari mengumumkan telah menyertai Harapan Baru dan bertindak sebagai Koordinator Harapan Baru Negeri Melaka, bagaimanapun beliau tidak mengisytiharkan keluar Pas. - Bernama

1 orang berkata:

XUMNO said...

Nama pun Bekas, maknanya dah terbuang, dah tak pakai atau pun dah tak mahu digunakan lagi. Apa sebab? Mungkin dah sumbing, dah retak, dah pecah atau memeng tak layak digunakan lagi.Kalau barang baik, orang tak buang, dipakai lama.Jadi jangan lah kata itu ini pada Pas, telek dulu diri kenapa awak tak digunakan lagi sebagai pemimpin. Besar kemungkinan ahli lihat kamu sebagai pemimpin tak berguna, tak amanah, tak jalankan tugas. Jadi joinlah bekas2 yang tak berguna lagi kepada Pas. Senang cerita. Boleh jadi kamu boleh bantu Dap nanti untuk menentang hudud Pas.Dapat pahala besar beb.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.