Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUHIDIIN BUKAN LEMBAB DAN SEMBAB

DULU MUHIDIIN NI ORANG GELAR DIA LEMBAB DAN SEMBAB, SEKARANG DIA TELAH BUKTIKAN BAHAWA TUDUHAN TERHADAPNYA DAHULU TIDAK BETUL SAMA SEKALI, DULU DIA KELIHATAN LEMBAB DAN SEMBAB SEBAB ADA RAHSIA DISEBALIK SIKAP TERSEBUT.
 
MUHIDIIN TELAH MENUNJUKKAN SIKAP DIA YANG SEBENAR, DIA TIDAK LAGI BOLEH DIGELAR LEMBAB DAN SEMBAB, SEKARANG DIA TEGAS, DIA BERANI, DIA SEDIA MENGHADAPI APA JUGA HALANGAN DAN CABARAN, SEKALIPUN DIA TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG MEMECATNYA.
 
BAYANGKAN JIKA MUHIDIIN BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG MEMECATNYA DIDALAM MESYUARAT PARTI, MUKA BERHADAPAN, MATA BERTENTANG MATA, BERANIKAH MEREKA BERJABAT TANGAN ? BERJABAT TANGAN BERERTI SELAMAT, SEDANGKAN HATI TETAP MENGATAKAN "KO TIADA MARUAH, KO MENGHURUHARAKAN PARTI, KO %$#&$#@ ^%$>*&#$ ...... PATUT LETAK JAWATAN ! Pak Karamu


 

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
 
MUAR - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan beliau tidak akan melepaskan jawatan Timbalan Presiden Umno kerana apa yang dilakukan selama ini tidak pernah melanggar perlembagaan parti.
 
"Saya tidak akan meletak jawatan (sebagai Timbalan Presiden Umno) kerana saya tidak pernah melakukan kesalahan dalam parti.
 
"Saya tidak pernah menjadi ancaman kepada negara. Saya juga tidak pernah cakap yang boleh melanggar perlembagaan parti. Kalau ada tunjukkan bukti,"  katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita,  Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini, hari ini.
 
Turut hadir isterinya, Puan Sri Nooraini Abdul Rahman, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh Ismail Mohamed, Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh Senator Datuk Noriah Mahat, Ketua Pemuda Umno Bahagian Pagoh Zaid Abdul Rahman dan Ketua Puteri Umno Bahagian Pagoh Rohaizah Ahmad.
 
Semalam, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor Datuk Jamal Yunus dilaporkan meminta Muhyiddin agar berehat dan melepaskan jawatan sebagai timbalan presiden Umno.
 
Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet pada 28 Julai.
 
Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh juga kecewa apabila ada beberapa Umno bahagian yang sanggup menarik balik jemputan kepada beliau untuk merasmikan mana-mana mesyuarat Umno bahagian.
 
Katanya, beliau tidak mempunyai apa-apa rancangan sekali pun untuk menumbangkan kerajaan dan disebabkan itu beliau sebenarnya tidak perlu dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan negara.
 
Beliau juga meminta agar semua pihak memberikan ruang kepada badan khas menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Muhyiddin juga turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepadanya. -Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.