Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Najib perlu nyata pendirian berkaitan hudud
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
 
ROMPIN – Di sebalik isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang hangat diperkatakan, Pas Pahang pula tampil menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyatakan pendirian rasmi Umno dan BN atau kerajaan Persekutuan terhadap pelaksanaan hudud.
 
Tuntutan berkenaan adalah sebagaimana kenyataan yang pernah dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika menggulung usul titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat yang mengatakan bahawa kerajaan Persekutuan sedia untuk bersama menyokong sekiranya ada undang-undang persendirian berkaitan hudud dikemukakan di Parlimen.
 
Pesuruhjayanya, Rosli Abdul Jabar, berkata, setelah beberapa siri rentetan sokongan dan saranan yang dizahirkan oleh segelintir pemimpin Umno maka sudah tiba masanya PM juga menyatakan pendiriannya.
 
“Selain itu, Pas Pahang juga menuntut supaya diberikan ruang eksklusif kepada wakil Pas untuk membuat pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian (Private Bill) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.
 
“Najib selaku PM, Presiden Umno dan Pengerusi BN juga perlu mengarahkan seluruh Ahli Parlimen BN untuk menyokong usul rang undang-undang tersebut sebagai penghormatan serta dukungan kepada Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya kepada Sinar Harian.
 
Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengemukakan notis pembentangan usul di Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu bagi membolehkan beliau membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian (Private Bill) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.
 
Bagaimanapun rang-rang undang itu tidak dapat dibentangkan kerana ditolak oleh Parlimen Malaysia untuk dibahaskan kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan lain perlu didahulukan.
 
Sehingga ke Persidangan Dewan yang terakhir, Rang Undang-undang Persendirian yang difailkan oleh MP Marang itu tidak diberikan ruang untuk dibentangkan dengan alasan-alasan tidak munasabah.
 
Terdahulu, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang dibentangkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob lalu disokong sebulat suara oleh 44 Adun Kelantan termasuk 12 Adun Umno Kelantan pada 19 Mac lalu.
 
Dalam pada itu, Rosli turut menegaskan bahawa kerajaan pusat juga perlu menyediakan segera mekanisme dan kemudahan untuk membolehkan pelaksanaan undang-undang tersebut seperti Institusi kehakiman, pendakwaan, penjara, polis serta penguatkuasaannya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.