Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKAUN SAYA PUNYA ORANG LAIN SEBOK PASAL APA ?

Mohd Amar Abdullah
Mohd Amar Abdullah
 
KOTA BHARU – Pas bersedia mendedahkan senarai sumber dana atau pembiayaan politik yang diterima sekiranya ada undang-undang mengehendaki pihaknya berbuat demikian.
 
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Pas akan patuh jika perlu berbuat demikian tetapi buat masa sekarang perkara itu tidak dikuatkuasakan.
 
“Kita nak isytihar buat apa sebab dana yang diperoleh hanya dari kutipan derma, Umno yang kena buat begitu sebab banyak dapat sumbangan, sekarang rakyat mahu tahu RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, itu sahaja.
 
“Rakyat tidak peduli pada pembangkang sebab mereka tahu kita tiada duit, apa-apa pun berkenaan dana ini kena rujuk pimpinan atas. Kita banyak menerima derma dari ahli nak isytihar pun rasa malu sebab jumlahnya kecil sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis istiadat
 
Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kali ke-17 di Kompleks Balai Islam Lundang, semalam.
 
Mohd Amar berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan Najib agar diwujudkan semula peraturan yang mengehendaki parti politik mendedahkan senarai sumber dana politik yang diterima mereka.
 
Menurutnya, Umno tidak perlu mengaitkan parti lain dalam isu tersebut kerana rakyat kini terarah kepada persoalan isu RM2.6 bilion yang didakwa sumbangan penderma dari luar negara.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan turut menegaskan Pas tidak pernah menerima sebarang dana dari luar negara bagi meneruskan perjuangan parti.

“Jika betul dakwaan (dana) dari luar benar, ini sudah menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara. Sudah pasti ada agenda yang tersembunyi dari dana yang sebegitu besar jumlahnya. Ini amat bahaya, ia perlu didedahkan kerana rakyat mahu tahu kebenarannya,” katanya.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.