Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUKIT TERBAKAR

Hutan Bukit Batu Kapur di Gombak terbakar
Hutan Bukit Batu Kapur di Gombak terbakar
Sehingga jam 1 tengah hari kerja pemadaman masih dijalankan di lokasi.

GOMBAK - ‎Kira-kira 10 hektar hutan di Bukit Batu Kapur Kampung Sri Gombak di sini terbakar sejak awal pagi tadi menyebabkan asap tebal kelihatan sekitar sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi Abu Bakar berkata, tiga balai terlibat dalam operasi pemadaman selepas menerima panggilan kira-kira jam 10.42 pagi itu.

Menurutnya, operasi pemadaman masih dijalankan sehingga jam 1 petang itu untuk mengawal kebakaran melibatkan hutan yang ketinggiannya kira-kira 60 meter itu.

"Jentera pertama tiba jam 10.49 pagi disusuli bantuan dar balai Rawang dan Gombak Selatan selain Selayang.

"Tiada mangsa dilaporkan berada di lokasi dan kerja pemadaman masih dilakukan untuk mengawal kebakaran," katanya.

Katanya, khidmat bantuan dari udara mungkin digunakan bagi memantau keadaan dari atas ‎disebabkan kebakaran berlaku di kawasan berbukit.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.