Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUNGKINKAH KARIER POLITIK MUHYIDDIN BERAKHIR ?

Saya sudah jangka kena gantung Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Umno yang digugurkan jawatannya ,Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluahkan perasaanya ke atas keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno semalam.

Menerusi kenyataannya yang disiarkan melalui Facebook rasminya hari ini, Muhyiddin berkata, keputusan menggantungnya daripada jawatan Timbalan Presiden Umno itu telah beliau jangkakan.

"Ia bukan satu perkara yang mengejutkan. Sejak saya digugurkan daripada kabinet, saya telah dihalang daripada menjalankan tugas sebagai timbalan presiden. Saya disekat daripada menghadiri program-program parti.

"Majlis parti yang dianjurkan untuk saya diarahkan supaya dibatalkan. Ahli-ahli parti yang menyokong saya diugut. Malah, buat pertama kali dalam sejarah, seorang timbalan presiden dihalang daripada berucap dalam perhimpunan agung," katanya.

Kata beliau lagi, sepanjang enam tahun beliau  memegang jawatan timbalan presiden, beliau tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggungjawab untuk membantu presiden parti.

"Saya mengetuai jentera pilihanraya BN dalam setiap kali pilihan raya kecil atau pilihan raya umum dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN. Dengan kemenangan itulah, maka presiden selaku ketua parti kekal menjadi perdana menteri. Tidakkah itu bermakna saya membantu presiden?.

"Saya juga melakukan tugas-tugas lain seperti mempengerusikan mesyuarat pengurusan Umno, mesyuarat pengurusan BN, menyelesaikan masalah-masalah parti, memantapkan jentera pilihanraya, turun ke bahagian-bahagian dan tugas-tugas untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti. Ini bermakna saya telah membantu presiden dalam mentadbir dan mengurus parti," katanya lagi.

Semalam Majlis Tertinggi  Umno  sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan  Muhyiddin  sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Naib Presiden Unmo Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan presiden itu.

"Mesyuarat MT telah membuat keputusan seperti berikut, di bawah fasal 10.15 Perlembagaan Umno, MT telah bersetuju sebulat suara untuk menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin berkuat kuasa serta merta.

"Tempoh penggantungan jawatan timbalan presiden adalah sehingga pemilihan Majlis Tertinggi akan datang. Jawatan-jawatan lain (dalam parti) yang disandang Tan Sri Muhyiddin dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat Umno, di sini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.