Naib Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Khairul Annuar Abdul Aziz berkata harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM1.60 seliter manakala harga runcit bagi RON97 ialah RM1.95 seliter.

"Harga runcit bagi diesel pula kekal pada nilai RM1.35 seliter," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Harga runcit petrol sepanjang Februari adalah RM1.75 seliter bagi RON95, RM2.05 bagi RON97 manakala diesel dijual dengan harga sama iaitu RM1.35 seliter. - Bernama