Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIADA TOLAK ANSUR,, CALON DARI PAS BRSEDIA DARI SEKARANG

Pas tetap tanding di Parlimen KT
Satiful Bahri Mamat
Satiful Bahri Mamat


KUALA TERENGGANU – Pas tetap akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi parti itu pada PRU13 lalu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, walaupun Parlimen tersebut sudah menjadi kerusi Amanah berikutan tindakan ahli parlimennya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menyertai parti baharu itu, beliau menjelaskan Pas tidak akan memberi ruang kepada parti lain merampas kerusi tersebut pada PRU akan datang.

“Kita menang dalam PRU yang lalu, yang dia (Raja Bahrin) lari itu, dia punya pasal dan Pas akan tetap bertanding di Parlimen Kuala Terengganu (pada PRU14),” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata sempena Majlis Perasmian Pejabat Penyelaras Parlimen Pas Kuala Terengganu dan Dewan Himpunan Penyokong Pas Kawasan Kuala Terengganu di Jalan Banggol, di sini.

Jelasnya, perasmian pejabat penyelaras itu juga turut berperanan memberi khidmat kepada orang ramai di sekitar parlimen itu berikutan Pas sudah tidak mempunyai wakil rakyatnya di Parlimen tersebut untuk menggerakkan kerja-kerja kebajikan kepada rakyat.

Pelbagai program turut dirancang khususnya dari sudut kesihatan, guaman dan makanan percuma kepada fakir miskin di parlimen ini sebulan sekali yang akan bermula selewat-lewatnya Mac ini.

Sementara itu, berhubung kerusi Dun Bandar yang dimenangi PKR pada PRU13 lalu, pihaknya akan menyerahkan perkara itu kepada Pas Pusat menjelang PRU14.

Beliau berkata, sekiranya kerjasama politik antara PKR dianggap masih kekal, laluan akan diberi kepada parti itu tetapi jika sebaliknya, pihaknya akan mempertimbangkan semula penyertaan Pas di kerusi tersebut.

Bagaimanapun, Satiful yang juga Adun Paka menegaskan jika DAP bertanding di Dun Bandar, Pas akan bertanding di kerusi itu memandangkan pihaknya tidak mempunyai hubungan kerjasama dengan parti terlibat.

“Kalau DAP tanding (di Dun Bandar), Pas (juga akan) tanding. Kita tidak akan bagi BN menang percuma. Secara tradisi Pas lawan BN (di Terengganu)... Lagipun Pas pernah menang kerusi Dun Bandar,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.