Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUATU YANG MUSTAHIL BERLAKU


Mahfuz cabar PM, AG bentang kes RM2.6b, SRC di Parlimen
 Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membentangkan kertas siasatan berhubung isu dana RM2.6 bilion serta kes membabitkan SRC International ke sidang Parlimen yang akan bermula pada 7 Mac ini untuk dijadikan sebagai dokumen awam.

Menurut Mahfuz, cabaran berkenaan adalah berikutan tiada sebarang undang-undang yang ditubuhkan bagi menghalang Perdana Menteri dan Peguam Negara untuk melakukan tindakan sedemikian.

“Sebelum ini, Peguam Negara menyatakan tiada bukti daripada kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atas isu RM2.6 bilion dan wang SRC berjumlah RM42 juta untuk mendakwa Perdana Menteri ke mahkamah sedangkan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mendakwa wang RM2.6 bilion bukan daripada penderma Arab tapi sebaliknya daripada saluran 1MDB.

“Kekalutan ini makin hangat apabila Panel Penasihat Operasi (PPO) SPRM mengarahkan badan berkenaan untuk menerus siasatan ke atas kes RM2.6 bilion dan mengemukakan semula kertas siasatan kes SRC kepada Peguam Negara. Ini menjadikan dua institusi bercanggah antara satu sama lain,” katanya menerusi kenyataan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.