Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEPA YANG HIJRAH TU NANTI DIJANGKA SEMUA JADI MENTERI BELAKA !

BIAQ PI DEPA BERAMBUS, SIMPAN DEPA MACAM SIMPAN RACUN BUAT APA !!! Pak Karamu
 
Pas Pokok Sena tetap teguh
Pas Pokok Sena tetap teguh
Wan Romaini (tengah) bersama ahli Pas semasa sidang media Karnival Sejahtera yang akan diadakan di Kompleks Pas Kawasan Pokok Sena.
 
POKOK SENA - Penghijrahan beberapa ‘orang kuat’ Pas ke Parti Amanah Negara (Amanah) di sini tidak menjejaskan gerak kerja dalam parti Islam itu sekarang. 
 
Pemangku Yang DiPertua Pas Kawasan Pokok Sena, Wan Romaini Wan Salim berkata, penghijrahan ahlinya sejak Amanah ditubuhkan di daerah ini tidak memberi kesan kepada parti itu dalam menegakkan syiar Islam.

Katanya, walaupun pemimpin sering bertukar tetapi dasar Pas yang bertunjangkan al-Quran dan hadis di bawah ulama menjadi teras perjuangan ahlinya sehingga sekarang.

“Ahli-ahli Pas perlu akur dengan gaya pucuk pimpinan kerana mempunyai cara mereka tersendiri, tetapi langsung tidak bercanggah dengan dasar yang diperjuangkan selama ini. Oleh itu dasar kepimpinan hari ini langsung tidak bercanggah dengan dasar yang dilakukan Pas sejak 1951.

“Dasar Pas yang diperjuangkan selama ini tidak kabur seperti yang didakwa beberapa pihak hingga sanggup berhijrah ke parti Amanah hari ini. Walaupun sudah berlakunya penghijrahan dalam kalangan ahlinya ke parti Amanah, tetapi segala gerak kerja masih diteruskan,” katanya.

Beliau yang juga Adun Bukit Pinang berkata demikian dalam sidang media Sempena Karnival Sejahtera yang diadakan di sini, semalam.

Wan Romaini berkata, buktinya walaupun sudah ada ahlinya berhijrah, tetapi semua 99 cawangan Pas di daerah ini masih kukuh dan belum lagi dibubarkan, sekali gus menunjukkan majoriti ahlinya masih tetap dengan Pas bagi menumbangkan BN pada pilihan raya nanti.

Beliau berkata, penghijrahan itu satu rahmat kepada Pas kerana muncul lebih ramai pemimpin dari golongan anak muda yang sanggup ke hadapan dalam saf kepimpinan.

“Golongan muda ini mula bangun dan berdiri di saf hadapan dalam segala aktiviti di lakukan di kawasan ini.

“Karnival Sejahtera yang akan diadakan pada 2 hingga 5 Mac di Kompleks Pas Kawasan Pokok Sena sudah cukup menunjukkan komitmen yang diberi golongan muda serta semua ahli Pas,” katanya.

Tambahnya, krisis dalaman Umno hari ini juga turut memberi kesan kepada masyarakat di daerah ini terutamanya golongan muda kerana kini mereka mulai terpikat dengan Pas yang memperjuangkan Islam serta pendekatan yang digunakan kepimpinan Pas kawasan itu.

Sementara itu, Wan Romaini juga berharap Karnival Sejahtera yang akan diadakan itu berjaya menarik lebih ramai pengunjung bagi memeriahkan karnival.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.