Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CAGHO MU TEGUR MACE RUBBISH

Husam: 'Kerajaan negeri marah ko ambo'
Husam Musa
Husam Musa

MACHANG - “Semua tok ngulu (penghulu) ambo (saya) tak dilantik sebab kerajaan negeri marah ko ambo. Ambo mengkritik sebab nak betulkan parti bukannya nak jatuhkan," kata Adun Salor, Datuk Husam Musa meluahkan kekesalannya pada Dialog Rakyat di Kedai Pulai Chondong, malam kelmarin.

Husam berkata, tindakan tersebut menjejaskan perkhidmatan untuk rakyat sekali gus menunjukkan sikap kerajaan negeri seolah-olah menghukumnya yang dikatakan lantang mengkritik pentadbiran kerajaan sejak kebelakangan ini.

Katanya, diskriminasi dan tekanan politik tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan penghulu merupakan pemimpin akar umbi yang mampu menentukan jatuh bangun parti.

“Kita berjuang dalam parti biar ikhlas dan berlandaskan agama. Kalau kerajaan buat salah, kita kena tegur tak boleh biarkan saja, tetapi sebaliknya pula berlaku apabila teguran dibuat.

“Selagi boleh ditegur, kita kena tegur tetapi yang dah lepas tidak perlu ditegur lagi. Apa yang saya tegur berlaku sekarang bukannya dah lepas.

"Saya dimusuhi sejak hari pertama tidak dilantik sebagai Exco dan kini permusuhan itu dilanjutkan kepada pihak lain yang tidak bersalah,” katanya.

Husam berkaitan, jika Pas dan kerajaan negeri mengambil teguran tersebut sambil lewa dan tidak menanganinya dengan bijak, Pas bakal berdepan masalah pada pilihan raya umum akan datang.

Tegasnya, tidak mustahil Pas kalah pada pilihan raya akan datang, malah kajian menunjukkan dalam suasana politik dan pentadbiran hari ini, Pas akan kalah.

3 orang berkata:

Hamba Allah said...

Yg penting PAS xjd anjing dap macam kamu...

Burn.bp said...

Abiz PAS jadi anjing umno, demo suko le

Burn.bp said...

Abiz PAS jadi anjing umno, demo suko le

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.