Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

hudud adalah hukum mencegah

Kelantan kaji laksana hukuman sebat di tempat awam
sebat
Gambar hiasan.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan mengkaji cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah zina dilakukan di tempat awam bagi memberi pengajaran kepada pesalah.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, cadangan yang dikemukakan Datuk Hassan Mahamood (Pas-Tawang) adalah baik kerana ia mampu menakutkan masyarakat daripada melakukan perbuatan itu.

"Kita telah melaksanakan hukuman rotan ini namun ia dilakukan di penjara sahaja dengan maksimum enam sebatan. Boleh jadi kalau diadakan di hadapan orang ramai, ia boleh menggerunkan mereka untuk melakukan kesalahan berkenaan.

"Apapun kerajaan (negeri) akan melakukan kajian tentang perkara ini terlebih dahulu," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada perasmian sidang Dun Kelantan yang bermula Isnin lalu dan berakhir hari ini.

Semalam Hassan ketika membahaskan titah Sultan Muhammad V mencadangkan agar kerajaan negeri melaksanakan hukuman itu di tempat awam bagi memberi pengajaran kepada pesalah zina.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sebat pesalah zina depan masjid]

Mohd Nassuruddin berkata, pada masa ini hukuman sedia ada bagi pesalah zina di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah penjara tidak lebih tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan yang dilaksanakan di lokap pesalah. - Bernama

2 orang berkata:

kampong lad said...

sebat dgn pelepah nyoq boleh tak?

Unknown said...

Tuan sdg persenda hudud ke ni..? kalau tuan seorg muslim sila mengucap.. kalau munafik terpulang pd tuan..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.