Sebenarnya PAS tidak perlu bergabung dengan mana-mana parti, kecuali memikirkan sedikit kerjasama dengan mana-mana parti untuk pilihanraya tapi bukan kerjasama politik, apa yang PAS perlu lakukan sekarang ialah BERGERAK untuk mengembangkan pengaruh dasar perjuangannya seperti yang dikehendaki oleh agama itu sendiri, PAS tidak perlu terikut-ikut dengan dasar PAKATAN HARAPAN yang dasarnya yang berserabut dan separuh matang yang hanya mahu berkuasa di Putra Jaya
Diwaktu kebelakangan ini PAS kelihatan lesu, PAS hanya banyak bercakap oleh pimpinan yang tertentu sahaja tanpa menggerakkan jentera parti untuk mempertingkatkan pengaruh dasar partinya. Sebenarnya PAS hanya kelihatan bergerak menangkis dari cemuhan dari parti lawan sana ada UMNO,DAP,PKR dan AMANAH, seolah-olah mereka tidak ada idea untuk mengembangkan pengaruh dan aktivitinya supaya masyarakat terbuka mata dan mata hati mereka - Pak Karamu
Pas lebih kuat jika bersendirian
Prof Dr Mohd Fuad Mat
SHAH ALAM - Pas tidak perlu menubuhkan satu pakatan pembangkang baharu
kerana parti itu sebenarnya sudah memiliki kekuatan tersendiri tanpa
perlu bergabung dengan mana-mana parti.
Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Mohd
Fuad Mat berkata, tindakan Pas mahu membentuk blok politik ketiga hanya
akan membuatkan parti itu kelihatan lemah.
“Mungkin akan ada yang menganggap Pas takut bergerak sendiri apabila
tidak menyertai Pakatan Harapan. Sedangkan sebelum masuk PR, Pas
terbukti berjaya menjuarai isu semasa dan memperjuangkan Islam secara
sendirian.
“Pada tahap ini, Pas tidak perlu memikirkan untuk bergabung sebaliknya
perlu memantapkan perjuangan mereka. Malah, dengan pelbagai isu melanda
Umno dan Pakatan Harapan sekarang, Pas menjadi alternatif parti politik
pilihan rakyat,” katanya.
Beliau berkata, Pas perlu fikir keperluan mereka bergabung dengan
parti lain membentu blok ketiga, sama ada untuk pilihan raya atau tujuan
lain.
“Jangan hanya kerana DAP, Amanah dan PKR tubuh Pakatan Harapan, Pas pun
nak buat pakatan. Adakah Pas rasa hanya dengan bergabung dapat kalahkan
Pakatan Harapan?
“Pas kena lihat suara akar umbi, adakah mereka suka Pas bekerjasama
dengan pakatan lain? Sejarah juga membuktikan Pas boleh bersendirian,
namun sering gagal apabila bergabung dengan parti lain,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Fuad berkata, jika parti itu tetap meneruskan hasrat
itu berkemungkinan besar Pas akan memilih parti atau NGO yang
memperjuangkan Islam


0 orang berkata:
Post a Comment