Wallahi saya bukan 'gila' nak jadi PM
Muhyiddin Yassin
DAMANSARA - "Saya hendak jelaskan bukan niat saya untuk menjadi Perdana
Menteri hanya kerana orang kata saya orang nombor dua dalam parti
(Umno). Seolah-olah saya tidak boleh tunggu, tiada Wallahi."
Demikian reaksi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, ketika menjelaskan kelantangannya serta penyertaan beliau dalam
Deklarasi Rakyat sehingga menimbulkan 'cakap-cakap' bahawa beliau sudah
'tidak sabar' hendak diangkat menjadi Perdana Menteri.
Muhyiddin berkata, beliau tidak memikirkan perkara itu, kerana itu
semua adalah Ketentuan ALLAH, selain daripada mahu menyelamatkan Umno
dan BN daripada 'karam'.
"Penentu segalanya adalah ALLAH, kalau jadi jadilah kalau tak jadi tak apa tapi...'
"... tak akan kerana memikirkan soal itu saya ketepikan tugas saya
hingga parti saya boleh rosak dan masa hadapan negara boleh hancur.
"Biarlah saya jadi lilin yang membakar diri untuk menyelamatkan situasi
daripada saya mendiamkan diri bersyubhah dengan perbuatan kemungkaran
akhirnya parti tenggelam dan kalah hilang kuasa siapa harus
bertanggungjawab?" katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian di
Damansara hari ini.
Ujarnya lagi, setidak-tidak kelantangannya kini, mampu menyedarkan Umno, agar terus berada pada landasan yang sebenar. "Setidak-tidaknya saya kata waktu itu saya telah buat kamu tidak mahu dengar kata saya.
"Kamu biarkan beliau berkuasa inilah jadinya saya bukan orang kata buat
jangkaan jauh tapi saya boleh baca dan melihat keadaan bagaimana boleh
berlaku dalam tempoh PRU akan datang," katanya.
Katanya lagi beliau tidak boleh berdiam diri walupun beliau dicerca "'It's OK (Tidak mengapa) mereka hendak gantung saya, sepatutnya saya
bukan orang yang digantung atau pun nak dipecat bagi saya, saya patut
orang terakhir yang dilakukan sedemikian.
"Adanya orang buat mungkar bukan saya yang harus dihadap ke lembaga
disiplin orang itu patut bertanggungjawab diatas keroskan berlaku,"
katanya.
Katanya lagi, apa yang beliau lakukan kini ialah untuk 'saham akhirat' kerana dunia ini hanyalah sementara.
"Saya tidak takut dengan lagkah saya ini...ini soal duniawi hidup hanya sementara, apa yang penting akhirat.
"Sementara hidup berjuanglah, walaupun kita menjadi mangsa, saya bersedia untuk hadapi segala kemungkinan," katanya.


0 orang berkata:
Post a Comment