Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENGUBAT HATI ORANG JOHOR KE ???

Projek EDTP mula hujung tahun ini
Ab Aziz Kaprawi
Datuk Ab Aziz Kaprawi

BATU PAHAT - Projek Landasan Keretapi Elektrik Berkembar (EDTP) dari Gemas ke Johor Bahru sejauh dijangka akan bermula pada hujung tahun ini, setelah pembinaannya diumumkan oleh Perdana Menteri pada minggu lalu.

Kos untuk membina jajaran landasan berkembar berkenaan yang dijangka menelan belanja kira-kira RM7 bilion dan tempoh masa untuk menyiapkannya pula antara tiga hingga lima tahun.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, apabila siap kelak ia akan mampu meningkatkan sehingga 10 peratus penggunaan keretapi berkenaan berbanding yang sedia ada sekarang ini.

Katanya, jajaran landasan berkenaan yang membabitkan jarak sepanjang 197 kilometer dan menaiktaraf 11 stesyen itu kini boleh dilaksanakan, apabila proses mengambil alih tanah telah selesai sepenuhnya.

"Ini adalah hadiah untuk rakyat dan negeri Johor, di mana pembinaannya juga akan memudahkan serta memodenkan pengangkutan rel di selatan tanah air ini," katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Surau al-Ikhwan, Taman Pura Kencana, Sri Gading, sebentar tadi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.