‘Tandatangan tanpa baca, ini PM kita,’ kata Tun M
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan sebelum ini di
mana beliau menandatangani dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
tanpa mengetahui kandungannya.
"Tandatangan (dokumen) tapi tidak tahu apa-apa. Macm mana orang macam
ini boleh jadi perdana menteri?," katanya pada Forum Laporan PAC 1MDB :
Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?, di sini, hari ini.
Sebelum ini, persoalan dibangkitkan sama ada Najib tetap tidak bersalah walaupun menandatangani dokumen berkaitan 1MDB.
Terdapat laporan menyatakan bahawa Najib selaku penasihat 1MDB
menyedari dan turut menandatangani kerjasama antara syarikat tersebut
dengan Petro Saudi bernilai RM3.92 bilion (AS$ 1 bilion).
Namun, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan
tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menandatangani dokumen
berkaitan 1MDB sebagai amalan biasa memandangkan beliau adalah penasihat
firma pelaburan negara itu.
Dalam pada itu, Tun Mahathir berkata, berasaskan sikap kurang cerdik
berkenaan, beliau menasihatkan agar pemimpin nombor satu negara itu
meletakkan jawatan.
"Tandatangan dokumen tanpa baca, lebih baik letak jawatan sekarang. Ini
perdana menteri tandatangan tapi tak baca. Agaknya cek pun beliau
tandatangan tanpa baca. Ini perdana menteri kita.
"Orang begini tidak layak jadi PM, tiada pendirian," katanya.
Sebelum ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral
Ibrahim Halmi ketika memberi keterangan kepada PAC berkata, Najib
menandatangani dokumen jadi bermakna beliau sedar.
0 orang berkata:
Post a Comment