Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT SARAWAK SENDIRI MAHU PAS MENANG PERTANDA ISLAM TERUS BERKEMBANG DI BUMI KENYALANG

Pas dalam misi lahirkan Adun pertama di Sarawak
Pas

SHAH ALAM – Pas perlu mempunyai Adun di Sarawak bagi membolehkan proses semak dan imbang yang berkesan dapat diwujudkan, kata Setiausaha Pas Negeri Sarawak, Mukhtar Suhaili.

Menurut Mukhtar, berdasarkan kempen awal yang diadakan, sambutan dari para pengundi terhadap parti berkenaan adalah positif dan amat menggalakkan.

“Ini merupakan satu perkembangan yang baik dalam misi Pas melahirkan Adun sulung di Sarawak,”katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sebelum ini, kesemua 11 calon Pas di Dun Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut disahkan layak bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari penamaan calon baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mukhtar memaklumkan bahawa Pas Sarawak juga menyeru agar semua pihak mengekalkan suasana damai sepanjang tempoh berkempen.

“Insiden di mana kain rentang Pas Sarawak dibakar di Lambir, bendera Pas dicabut di Pujut, papan iklan calon Pas di Kakus dikoyakkan dan lain-lain tidak sewajarnya berlaku.

“Pas juga komited untuk bertanding dengan semua parti-parti politik dihadapinya secara aman,”katanya.

Tambah Mukhtar, parti berkenaan juga telah mengarahkan seluruh jenteranya untuk sentiasa berdisiplin dalam berkempen serta tidak menimbulkan sebarang provokasi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.