Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERAK BAHAYA

Perak akan mohon Bukit Merah diisytihar kawasan bencana
Perak akan mohon Bukit Merah diisytihar kawasan bencana
Zambry (tengah) bersalaman dengan kanak-kanak kaum Sikh di Rumah Terbuka Hari Vasakhi, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian
 
IPOH - Kerajaan negeri berkemungkinan meminta kerajaan persekutuan mengisytiharkan Bukit Merah sebagai kawasan bencana berikutan kemarau yang melanda lokasi tersebut sejak beberapa bulan lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu akan diusulkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat sekiranya keadaan masih tidak berubah atau menjadi semakin kritikal.

"Saya sudah minta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengambil langkah sewajarnya jika keadaan tidak berubah atau menjadi lebih kritikal.

"Bagaimanapun saya akan mengikuti perkembangan selanjutnya dalam beberapa hari lagi disebabkan hujan dilihat telah mula turun sehari dua ini termasuk di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Vasakhi 2016, di Institut Guru Nanak, Jalan Maxwell, di sini, hari ini.

Menurutnya, campur tangan kerajaan persekutuan amat penting memandangkan bencana yang berlaku turut melibatkan kawasan pertanian khususnya penanaman padi.

"Kawasan yang dilanda kemarau bukan sahaja Tasik Bukit Merah bahkan meliputi seluruh kawasan termasuk lokasi penanaman padi yang berkeluasan lebih 5,000 Hektar.

Beliau berkata, pendekatan itu turut membolehkan kerajaan persekutuan mengenal pasti kerugian yang dialami di kawasan berkenaan khususnya melibatkan sektor pertanian.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.