Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERJUANGAN BERMUSIM

PKR rujuk calon Dun Bukit Sari ke J/kuasa Disiplin
PRN Sarawak
Grafik Sinar Online

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkan bahawa parti berkenaan akan merujuk calon Dun Bukit Sari, Jamal Ibrahim ke Jawatankuasa Disiplin selepas ini berikutan daripada kegagalannya menghadirkan diri ke pusat penamaan calon hari ini.

Pengarah Operasi Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Ismail Yusop berkata, pihaknya merasa amat kecewa dengan perubahan dan keputusan yang diambil oleh Jamal pada saat-saat akhir tersebut.

“Calon N82 Bukit Sari tidak hadir ke pusat penamaan pagi ini tanpa sebarang alasan. Kami amat kecewa dengan perubahan keputusan pada saat-saat terakhir ini dan kes ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.


Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh kemenangan tanpa bertanding di dua Dun yang turut menempatkan calon PKR iaitu Dun Bukit Sari dan Dun Pantai Damai pada hari penamaan calon PRN Sarawak yang berlangsung hari ini.

Menyentuh mengenai Dun Pantai Damai, Ismail memaklumkan bahawa pencalonan Morni Shamsudin yang mewakili parti berkenaan terbatal disebabkan oleh beliau telah diisytiharkan muflis berikutan menjadi penjamin kepada peminjam. “Parti akan meneliti semula proses penyemakan calon selepas ini,” katanya.

Pada PRN Sarawak 2011 yang lepas, calon BN, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mempertahankan Dun Bukit Sari dengan majoriti 5,063 undi mengalahkan calon PKR, Japar Suyut yang hanya mendapat 955 undi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.