Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SERAHKAN KEPADA KAMI


'Serahkan saja operasi Rayani Air pada kami'
Rayani Air
Rayani Air.

SEPANG - ‎Kakitangan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara, Rayani Air ‎meminta pengasasnya, A Ravi menyerahkan pengurusan operasi kepada mereka.

Ini kerana menurut wakil kakitangan Rayani Air, Zulkalnain Azlan, Ravi dan isteri tidak mempunyai banyak pengalaman sebagaimana kakitangan syarikat penerbangan itu.

"Kakitangan Rayani Air masih rela hati mahu teruskan operasi syarikat selepas ini. Rayani Air tidak  mempunyai sebarang aset berharga selain daripada kakitangan berpengalaman sahaja. Aset-aset dari segi peralatan pesawat tidak ada.

"Kami berpengalaman dalam bidang ini lebih daripada 20 tahun. Lebih lama daripada Ravi dan isteri," katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.


Zulkalnain dalam pada itu turut melahirkan keyakinan terhadap kemampuan kakitangan untuk meneraju pengurusan operasi syarikat itu. ‎

Katanya lagi, pihaknya juga tidak mempunyai masalah dalam mendapatkan pelabur yang bersedia melabur di syarikat tersebut.

"Kami tidak kisah jika dia mahu terus berada dalam Rayani tetapi dia perlu menjual pegangan majoriti kepada pelabur bukan separuh. Jika dia mahu menjual syarikat itu, biar kami teruskan operasi tanpa gangguan," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.