Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG SARAWAK ISLAM KATA PAS PERLU MENANG KERUSI TERTENTU DEMI ISLAM DI SARAWAK ! TAKBIIIIR !!!

Hadi yakin Pas cipta kejutan di PRN 2016
PRN Sarawak
Grafik Sinar Online

MIRI - Pas, yang disifatkan banyak pihak tidak relevan dalam senario politik Sarawak, optimis parti itu mampu membuat kejutan pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) kali ini.    

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau yakin dengan prestasi parti itu, biarpun bukan hanya terpaksa berdepan Barisan Nasional (BN), malah perlu bersaing dengan kumpulan parti serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah) dan bekas sekutunya, PKR dan DAP.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan manifesto Pas bagi kerusi Lambir dan Jepak di sebuah restoran di sini, malam tadi.

Selain berdepan BN, Pas yang akan bertanding 11 kerusi pada pilihan raya kali ini, akan menentang Amanah di Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro, manakala dengan PKR di Kakus, Jepak dan Lambir, serta DAP di Samalaju dan Pujut.


Dalam pada itu, Pas akan bertanding satu lawan satu dengan BN di kerusi Pantai Damai.    

Amanah pula akan bertanding di 13 kerusi pada pilihan raya kali ini, terutamanya di kawasan yang majoriti pengundinya kaum Melayu-Melanau.

Dalam PRN-10 pada 2011, Pas bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro, namun gagal memenangi sebarang kerusi.    

Ketika ditanya mengenai Amanah yang akan bertanding buat pertama kali pada PRN, Abdul Hadi menyifatkan parti itu sebagai 'parti nyamuk', dan tidak akan memberi cabaran sengit kepada parti yang sudah kukuh.

Mengulas kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang mengenai perbalahan dalam kalangan parti-parti pembangkang akan memberi kelebihan kepada BN, Abdul Hadi tidak bersetuju dengan pandangan itu.

Dalam pada itu, Pas akan berdepan pertandingan tiga penjuru di kebanyakan kerusi ditandinginya, kecuali di Sadong Jaya dan Pujut, yang melibatkan saingan empat penjuru.

Selain itu, parti berkenaan juga akan bertanding di dua kawasan majoriti penduduk kaum Iban di Kakus dan Samalaju, serta satu kawasan majoriti masyarakat Cina di Pujut.     

Parti berkenaan juga meletakkan calon bukan Islam, iaitu Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Sarawak, Clement Bayang, 59, yang merupakan bekas penyanyi dan artis rakaman Iban, untuk bertanding kerusi Kakus. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.