Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA MAKSUD PENYATUAN ? LEBIH BAIK BEKERJASAMA SAHAJA


Penyatuan Umno-Pas tidak mungkin berlaku: Pemerhati
Penyatuan Umno-Pas tidak mungkin berlaku: Pemerhati
Md Shukri Shuib

SHAH ALAM - "Penyatuan di antara Pas dan Umno tidak akan wujud memandangkan kedua-dua parti berkenaan merupakan entiti yang berbeza," kata Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib.

Menurutnya, Pas dilihat masih bertegas dengan pendirian mereka walaupun mempunyai pemimpin berkaliber seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Haron Din serta beberapa pimpinan kanan yang semakin positif dengan penyatuan dua parti tersebut.

“Namun, oleh disebabkan ahli dan pimpinan Pas di akar umbi yang masih berdegil dan menolak penyatuan ini khususnya dengan Umno, ia menjadikan proses perpaduan dan kerjasama murni dua parti orang Islam ini tergendala,” katanya kepada Sinar Online hari ini.

Sebelum ini, penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik mencadangkan kerjasama di antara Pas dan Umno dalam memastikan kesepaduan umat Islam di negara ini.

Mengulas mengenai cadangan itu, Md Shukri memaklumkan bahawa cadangan itu hanya akan tinggal kenangan memandangkan hakikatnya ia tidak memberi sebarang kesan.

“Disebabkan taksub hendak gantikan Umno, hendak musnahkan Umno, maka Pas bertukar jadi parti duniawi yang hilang jati diri dan penghayatan Islam yang mereka perjuangkan.

“Disebabkan isu perpaduan dengan Umno inilah juga berlakunya perpecahan dalaman Pas kerana ada segelintir pemimpin taksub pada kerjasama dengan DAP,” katanya.

Dalam pada itu, Md Shukri memaklumkan bahawa, pandangan Abdul Hadi sebagai presiden parti dalam isu perpaduan dan pengurusan Pas kelihatan seolah-olah seperti sudah tidak didengar oleh ahli parti Islam itu.

Tambahnya, Abdul Hadi seolah-olah dipilih sebagai presiden parti kerana bagi menghormati usia dan jasa beliau sebelum ini dan berkemungkinan sudah wujud kumpulan tertentu di dalam Pas yang lebih kepada pro Pakatan Harapan.

“Benarkah Abdul Hadi kini seolah-olah seperti singa tua yang sedang sakit dan tiada siapa pedulikan pandangan dia dalam Pas?

“Persoalan ini harus dijawab oleh Pas kerana jika mereka sayang kan presiden mereka, sudah lama perpaduan dengan Umno ini akan dapat dilaksanakan,” katanya.

1 orang berkata:

Unknown said...

Ini profesor mana yg tak boleh nampak betapa UMNO bukan parti islam.. mana mungkin PAS boleh bersatu dgn mereka..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.