Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MALAYSIA DIHIDU KE ARAH NEGARA REPUBLIK ?

EH, KAMU RUSLAN KASIM, JANGAN LA SEMBRONO !
SERAM TEMAN DENGO NYEEEE !
 
ATEE ?

SUARA MIKE DAH LAMA TAK TEMAN DENGO, TUB,TUB MIKE BERSUARA,
 APE KO KATEE ?

MALAYSIA AKAN JADI NEGARA REPUBLIK  ?
 
ATEE ? NEGARA SELATAN DAH REPUBLIK, IKUT AJE LEEEE !!!
 
HU HU HU HU
 
MERDEKAAAAAA !!!!
 
-Pak Karamu-

Cubaan runtuhkan institusi Raja


Ruslan Kasim
Ruslan Kasim
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Pendedahan Datuk A Kadir Jasin, mengenai perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 16 bulan sebanyak RM256.9 juta, dianggap suatu percubaan untuk meruntuhkan institusi Raja dan menghapuskan sistem Raja berperlembagaan.

Ketua Penerangan Perkasa, Datuk Ruslan Kasim berkata, Perkasa memandang serius persoalan yang dibangkitkan oleh A Kadir Jasin kerana ia melibatkan sebuah institusi yang selama ini disifatkan sebagai pelindung, penjamin dan pemelihara hak dan kepentingan bangsa Melayu seluruhnya.

Menurutnya, institusi Raja ini juga berkait dengan martabat dan maruah, kekukuhan dan kekuatan ‘benteng terakhir’ bangsa Melayu itu sendiri.  

“Malah, institusi Raja adalah ‘alter ego’ atau cerminan diri terhadap keberadaan bangsa Melayu dalam segala liku sejarah dan peradabannya.

“Perkasa berhak bertanya mungkinkah perkara ini ada kaitannya dengan skema besar, perancangan belakang tabir dan konspirasi untuk menggantikan sistem beraja dengan sistem republik seperti yang sedang hangat diperkatakan khususnya dari pihak yang mendokong pemerintah atau mungkinkah ianya juga merupakan gerakerja yang telah mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak asing,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ruslan berkata, jika benar ia seolah-olah memberi erti bahawa Malaysia kini sedang berada di ambang neo-kolonialisme yang dicatur oleh pihak luar.

Katanya, Perkasa menyokong sepenuhnya tindakan pihak polis yang telah membuka kertas siasatan di bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman.

“Kenyataan A Kadir Jasin  akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana dianggap sebagai hasutan dan fitnah.

“Perkasa juga melihat kenyataan A Kadir Jasin ini  adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan  prinsip Rukun Negara yang menjadi tunggak tataurus dan tadbir kerajaan dan seluruh rakyat,” katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

tu laa kami mengharapkan pas menang besar utk bela raja2 melayu tapi pas kalah besar dlm pru. ate nak buat mcm maneee?

Anonymous said...

strategi pas bodoh mcmana nak menang pru?

usop ali said...

Pemimpin Pas dah jadi sampah..kalau keluar statement pun dah mcm umno...cari LA idea bernas...

Anonymous said...

Kalau nk kenal beruk..beruk ph ad kat sini kakakak dimana mana ad beruk ph

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.