Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT SEDANG TUNGGU UMNO AKAN DIMATIKAN ?

JIKA  AKAUN UMNO TELAH DIBEKUKAN  BERERTI UMNO JUGA AKAN TURUT MATI, MUNGKIN BANGUNAN UMNO JUGA AKAN TURUT DILELONG ?

BAGAIMANA DENGAN PARTI UMNO ?

PARTI UMNO JUGA TIADA SELAMAT, MAKA AKAN GEGAK GEMPITALAH NEGARA NANTI DAN SEBAGAI RAKYAT KITA SEDANG TUNGGU LAKONAN-LAKONAN YANG AKAN BERLAKU.
 
ADA PANDANGAN YANG MENGATAKAN BAHAWA AHLI UMNO PERLU BERPINDAH KEPADA PARTI BERSATU PIMPINAN MAHADHIR DAN MUHYIDDIN YASSIN ?
 
CERITANYA MACAM PAN NAK PANKAN PAS TAPI TAK BERJAYA. 
 
RAMAI YANG MENJANGKAKAN JIKA BERSATU BERJAYA MELUMPUHKAN AHLI UMNO, DAN MENGUMPULKANNYA KEDALAM BERSATU MAKA BARULAH BOLEH DIKATAKAN MAHADHIR DAN BERSATU BERJAYA !!!
 
KITA IKUTI APA YANG AKAN BERLAKU
 
-Pak Karamu-

 

Akaun beku: Umno beri kerjasama sepenuhnya kepada SPRM

AddThis Sharing Buttons

Zahid Hamidi
Zahid Hamidi
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan berusaha membuktikan wang yang dimiliki Umno adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas presiden berkata, Umno akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  berhubung pembekuan akaun bank ibu pejabat Umno dan akaun lain.

“Selagi memimpin Umno, saya akan menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap Umno. Ugutan dan penderaan politik bukan cara untuk mentadbir negara oleh mana-mana kerajaan di sebuah negara demokrasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru beliau berharap semua ahli Umno akan bersama-sama  beliau dalam memastikan parti itu terus wujud dan menentang sebarang usaha melumpuhkannya.

Beliau turut memberi jaminan sekiranya dipilih sebagai presiden parti pada pemilihan Sabtu ini, Umno akan bangkit sebagai sebuah parti Melayu dan bumiputera yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.

Terdahulu hari ini pada satu majlis di Johor Bahru, Ahmad Zahid mendakwa  SPRM telah membekukan akaun Umno pusat. - Bernama

34 orang berkata:

Anonymous said...

kabarnya akaun pemimpin2 pas yg lahap dedak pun bakal dibekukan. tu duit songlap 1mdb katanya. baguslaa, duit rakyat pulangkan pada rakyat jgn nak sedap2 beli kereta mewah pulak. errr... nik abduh apa kabar?

Anonymous said...

Akaun geng cia kita juga berpotensi untuk dibekukan. Audio geng agen cia kita sudah jelas original. Lain kali nak buat audio kena hati2. Banyak lagi akaun berkaitan yang disebut oleh geng agen cia akan dibekukan dalam tempoh terdekat. Mungkin indeks angka sprm parti kita bukan lagi 0.

Anonymous said...

Q7 sudah panas badann

Anonymous said...

Husam dah bagi nasihat. Masa ada kuasa jangan makan dedak. Tapi korang tak nak dengar. Orang bagi nasihat korang baruakan, korang pecat, korang halau, korang guna teknik undi chai. Korang tunggu la sikit hari lagi...

Anonymous said...

Pakaramu janganlah risau sangat. Kalau ekaun bank pakaramu tak ada dedak masuk sprm tak akan beku. Tapi kalau ada tanda2 dedak masuk, elok kasi keluar cepat2. Kih3

Anonymous said...

Elehhh pakaramu...PAN tu parti nyamuk yg lobai kata boleh hidup takat 3 bulan aje pun tak ada duit juta2 dlm akaun. Tak mati pun PAN tu. Banyak jadi menteri lagi turr. Tak kan ler umno umur 60 tahun lebih dah kaya raya kena beku akaun boleh terus mati? Tak logik laaa

Anonymous said...

Parti pas pun x ada duit juta2 dlm akaun bank. Tapi pas boleh hidup dgn kutipan tin sardin. Tak kan umno tak boleh tiru mcm pas??

Anonymous said...

Umno ada bangunan. Jual bangunan boleh dapat duit banyak. Umno ada 56 mp. Kalu sorang mp sedekah 5 juta sorang, sudah 300 juta boleh kumpul.

Mintak tn guru hj lobai penasihat kasi nasihat pada presiden baru umno la

Anonymous said...

ala pak karam ni, tu betul2 simpati pada umno atau pak karam pura2 jer? biarla umno diharamkan, kalau haram byk la pilihanraya kecil. haaa bila byk prk boleh laa gunakan khidmat dr.zuhdi lagi sekali utk buat strategi gelombang ijau. masa tu lebai2 warlord yg kalah boleh la bertanding semula dan berharap la pas boleh menang besar. kalau pas dah menang besar boleh la jadi pembangkang terkuat. nak harapkan sekarang 18 kerusi jerr. alaa biar la umno diharamkan, pura2 simpati la pulak.

Anonymous said...

karamu, hang tau dak lagi ni?? audio tu memang sohih suara nik abduh tau! hang tolong2 la pi tengok2 nik abduh tu sat. kesian kat dia, dok panaih pungkoq tu.

Anonymous said...

karamu oii!! hang baca ni oii!! hang tau baca tulisan org putih dak??

http://www.sarawakreport.org/2018/06/hadis-lawyers-accept-nik-abduh-recording-is-genuine-after-all/

Anonymous said...

Akaun SUPP dan UMNO dah kena beku. Marilah kita berdoa kepada Allah supaya akaun PAS pun dibekukan juga agar SPRM dapat membuat siasatan. Audio Nik Abduh dan tuduhan 90 juta SR kpd PAS wajib disiasat dan haram jika dibiarkan begitu sahaja. PAS jangan takut disiasat jika tidak bersalah. Siasatan SPRM untuk menentukan betul atau tidak PAS terima duit UMNO. Jika didapati tidak terlibat maka PAS akan bersih semula dan sokongan akan meningkat.

Jangan risau kalau tak buat.
Amin Ya Robbal Alamin.

Anonymous said...

Dalam gabungan PH, parti Amanah menang banyak jugak kerusi dan banyak dilantik menteri walaupun parti 'nyamuk' itu usianya tak sampai 3 tahun.

Aku nak tanya pak karam, dalam PIGS, apa pencapaian parti Cinta Malaysia dan Ikatan Sejahtera? Berapa kerusi parti ini menang? Berapa orang yang dah dilantik exco atau MB?

Anonymous said...

Haji hadi kat mana sekarang? Lama tak dengar suara dia dah

Anonymous said...

Tiap2 pg jumaat kuliah d Rusila.Blh dgar d mana2. Oopp...lupa.kau mmg x tau dgar kuliah agama. Dangdut ok le.

Anonymous said...

Sipenjilat BANGAKAI nak dengar kuliah agama???.. memang tak lah.. ibu marah kalau dengar kuliah agama tak jadi JUMUT kata ibu nyer..

Anonymous said...

PEMBETULAN..
Bukan Parti Nyamuk...
Parti Biawak si PEMAKAN BANGKAI..
Umpan bangkai sudah mengena..
Tunggu untuk direntap saja...

Anonymous said...

tabung infaq wajib bulan syawal dah dilancarkan ke? kat mana nak derma ni?

Anonymous said...

Parti anti Al Quran PH..tunggu di padang masyar

Anonymous said...

Lama tak dengor hadi maki hamung. Dah insap kot sejak jumpak tun madey hari tu

Anonymous said...

Sokong penuh kalu sprm siasat akaun pas jugak dibawah AMLA. Manalah tau kalu ada dedak imdb sesat masuk situ. Jgn risau kalu tak terlibat

Anonymous said...

Banyak ahli umno nak parti umno bekerjasama dgn pas. Aku sokong dengan sepenuh hati. UG memang kena teruskan untuk mengalahkan pakatan haprak

Anonymous said...

Sokong 200%

Anonymous said...

Parti yg mengaku islam yg kalah pru yg baruakan orang yg kafirkan orang...tunggu di padang mahsyar

Anonymous said...

Depan kuliah agama.
Belakang sapu dedak.
Audio cia tulen.

Anonymous said...

Audio agen cia ori. Ia mengesahkan memang ada kegiatan memakan bangkai.
Panasssss

Anonymous said...

Dalam AUDIO ori tu ada disebut siapa PEMAKAN BANGKAI

Anonymous said...

Kih3

Anonymous said...

Kat marang musim sotong ke?

Anonymous said...

Sprm jgn tertinggal akaun parti Pan dan dap yg dapat sumbangan dari israel yg dok bunuh org islam di palastin sekarang pengaruh dan wangnya pun dah sampai ke malaysia dlma akaun dap. Dikongsi sama oleh Pan. SPRM jgn terlepas pandang pula. Tanya Razali ab rahman bekas org kuat limguan eng. Tak tahu pula selama ni Pan pun tumpang sekaki.

Anonymous said...

Akaun Amanah ada la rm10k kot. Amanah tak jilat bangkai mcm geng agen cia.

Anonymous said...

Tuan Lobaiii.....
Dia belom menang kau hina dia cukup2. Dia dah menang kau jilat dia cukup2.

Wah wah wah!!!!
Hebatt!!!

Anonymous said...

Tak kiralah sapa2 pun. Kalu ada terambik duit 1mdb, sejuta ke, dua juta ke, 90 juta ke, sila pulangkan semula. Duit tu duit haram.

Sapa yg dah gi haji guna duit 1mdb tu pun kena pulangkan balik duit tu. Itu bukan duit dia.

رنيا محمد said...

شركة مكافحة ثعابين وعقارب بالنعيرية

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.