Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANUAR KATA JANGAN DEDAH, GUAN ENG KATA MAHADHIR SURUH

ANUAR KATA JANGAN MUNGKIN SEBAB KESELAMATAN,MAHADHIR KATA DEDAH MUNGKIN NAK BAGI TAHU RAKYAT, KESELAMATAN BELAKANG KIRA.
GUAN ENG TETAP BOGELKAN PENYELEWENGAN SEBAB SEKARANG BIG BOS ADALAH MAHADHIR, SO ? ANUAR JANGAN CAMPUR URUSAN MENTERI KABINET ERTINYA JANGANLAH ANUAR BUAT MENYEBUK !
DOK DIAM-DIAM SUDAHLAH !!! JANGAN CAMPUR URUSAN ORANG KABINET BUAT KERJA.
-Pak Karamu-

Guan Eng tetap bongkar skandal kewangan

AddThis Sharing Buttons

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
(Ubah saiz teks) 
 

SHAH ALAM - Kementerian Kewangan akan terus membongkarkan semua skandal kewangan dalam tempoh masa 100 hari seperti diarahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, rakyat berhak tahu tentang kedudukan sebenar ekonomi dan status kewangan negara.

“Rakyat tidak mahu kerajaan sorok-sorok atau sembunyikan lagi. Semasa berjumpa dengan Datuk Seri Anwar (Ibrahim), beliau juga bersetuju.

“Kementerian saya akan terus membongkarkan semua skandal kewangan dalam tempoh masa 100 hari seperti mana yang diarahkan Perdana Menteri. Kita harus berani kerana benar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan Astro Awani bahawa Guan Eng sepatutnya menyerahkan tanggungjawab membongkar salah laku dan penyelewengan kepada menteri atau agensi lain.

Menurut Guan Eng, beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan menteri lain mendedahkan skandal kewangan yang berlaku.

“Saya bukanlah Perdana Menteri dan tidak mempunyai kuasa untuk memberikan arahan kepada menteri-menteri lain bagi mendedahkan skandal kewangan yang berlaku dalam bidang kuasa Kementerian Kewangan.

“Tidaklah kena pada tempatnya untuk saya mengarahkan seorang menteri yang lain mendedahkan skandal kewangan kerajaan lama yang berlaku dalam Kementerian Kewangan yang disandang oleh saya,” katanya.

Katanya, beliau juga telah memberi penerangan kepada Anwar mengenai keadaan ekonomi negara dan skandal kewangan yang memudaratkan beban tanggungan hutang.

“Keadaan fiskal Kerajaan Persekutuan terjejas kerana hutang yang melebihi RM1 trilion seperti didedahkan Perdana Menteri ekoran skandal kewangan 1MDB dan perbelanjaan yang boros sebelum ini.

“Anwar juga terkejut dengan impak negatif meluas berhubung penyelewengan kewangan oleh kerajaan lama dalam bentuk memalsukan penyata kewangan, menyorokkan fail penyata kewangan dan menanda fail penyata kewangan berwarna merah khas untuk orang tertentu sehingga tidak boleh diakses oleh Ketua Audit Negara,” katanya.

Malah, katanya, Anwar juga faham bahawa semua pendedahan skandal kewangan berkaitan 1MDB dan skandal lain di dalam media dibuat atas arahan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Guan Eng berkata, beliau menghargai input Anwar dan mengalu-alukan pandangan ataupun maklum balas rakyat bagaimana untuk menyelamatkan ekonomi negara.

“Semua pandangan akan diterima dengan hati terbuka,” katanya.

9 orang berkata:

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2725] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 740 JUTA ,

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK

DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

baguslah dedah salahlaku. jgn jadi mcm parti lebai, bila nik abduh mengaku ambik duit umno dan kenal orang cia, pak lebai terus nafikan.

Anonymous said...

pembangkang dari parti lebai tak bersuara pun, sunyi sepi jer. lebai hadi taknak tulis surat terbuka lagi sekali ke? dulu lebai hadi cakap doj menyibuk dgn kes 1mdb dan ini campurtangan asing. aku cadangkan lebai hadi tulis surat lagi sekali tujukan pada anwar yg suka menyibuk.

MFOAHIARMUASD said...

Jika kamu menutupi aib seseorang maka Allah akan tutup aib kamu di akhirat. Semoga kita terhindar drpd fitnah dajjal.

Anonymous said...

ni bukan masalah aib la bodoh, bukan masalah peribadi. ini masalah rompak harta awam, hak rakyat malaysia la bodoh.

Anonymous said...

Lge tu pun,,belum selesai kes rasuah,,tp,,boleh jadi menteri,, mcmni ke ketelusan yg di canang oleh baruah2 babi dap ni,,,,? Inilah hasil bila dah sebati dgn fitnah dan hasil memuja org kafir....

Anonymous said...

Kikiki lebai hadi yg mentekedarah duit 90juta tapi masih jadi presiden parti lebai, penipu jugak hadi pun keh keh keh

رنيا محمد said...

شركة تنظيف موكيت وسجاد بالخبر

Stjsrty Xtjsrty said...

zzzzz2018.7.7
tory burch handbags
red bottom
supreme shirt
pandora jewelry outlet
canada goose jackets
air jordan uk
moncler outlet
canada goose outlet
ultra boost 3.0
pandora

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.