Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

langgar bontot


Exco Selangor terlibat kemalangan petang tadi
Exco Selangor terlibat kemalangan petang tadi
Keadaan kenderaan akibat insiden petang tadi.

TELOK PANGLIMA GARANG - Kenderaan rasmi Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi terlibat dalam satu kemalangan di Telok Panglima Garang, petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang melibatkan beberapa buah kenderaan.

Ahmad Yunus ketika dihubungi berkata, kenderaannya dipandu oleh pemandu peribadinya, Shahrul Fadhilah yang baharu sahaja selesai menghadiri program.

Menurutnya, ketika kejadian kenderaan  berhenti semasa di lokasi lampu isyarat di Pekan Telok.

"Masa tu ada sebuah kenderaan dari arah belakang melanggar kereta saya.

"Saya fikir  pemandunya tak tekan brek dan secara tiba-tiba saya terasa bahagian belakang kereta saya dilanggar,"katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Yunus turut dilihat membantu mengawal keadaan lalulintas sejurus terlibat dalam kemalangan itu.

Katanya lagi, beliau baharu sahaja menghadirkan diri dalam satu program bersama masyarakat India di Dewan Sri Jugra dan dalam perjalanan ke Masjid Sijangkang.

Bagaimanapun, pemandunya tidak mengalami kecederaan dan laporan polis akan dibuat.

Trafik masih terkawal


Trafik terkawal, kenderaan dijangka meningkat
Trafik terkawal, kenderaan dijangka meningkat
Tinjauan di Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara mendapati keadaan trafik masih lagi terkawal sehingga jam 3 petang hari ini, walaupun cuti sempena sambutan Aidilfitri sudahpun bermula bagi sebahagian warga kota. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Keadaan trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan terkawal setakat 5 petang ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, keadaan trafik itu dijangka meningkat berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.    

"Antara laluan yang mengalami peningkatan kenderaan ialah trafik dari ibu negara menghala ke Seremban, Melaka dan Johor.

"Di laluan Pedas Linggi ke Simpang Ampat, trafik dilaporkan perlahan kerana terdapat kemalangan di Km226 manakala di laluan sempadan Johor ke Singapura pula dilaporkan sesak," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Bagi laluan ke utara, trafik dilaporkan lancar, katanya.

"Trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga terkawal tanpa sebarang masalah di kedua-dua arah," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

UMNO - EXIT MENGHANTUI UMNO


Umno-Exit: Noh bidas Rafidah Aziz
Noh Omar
Noh Omar

TANJONG KARANG – “Kena ingat sejarah penubuhan Umno kerana parti itu hidup bukan kerana kepimpinan seseorang tetapi asas perjuangan membela bangsa dan negara,” demikian kata Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Menurutnya, setiap ahli perlu melihat semula sejarah penubuhan Umno yang dahulunya ‘survive’ dalam gelombang politik ketika zaman Tun Mahathir Mohamad yang pernah mengisytiharkan Umno haram dan membubarkannya.

“Saya masih ingat masa zaman pemuda dulu, beliau membubarkan Umno dan digantikan dengan satu parti lain yang dinamakan Umno Baru bahkan mana-mana yang tidak memihak kepadanya akan disingkirkan.

“Sebagai contoh di Tanjong Karang apabila Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang ketika itu, Allahyarham Datuk Kamaruzzaman Ahmad tidak menyokongnya disingkirkan dan digantikan orang baru walaupun kubu kuat.

“Ini lebih teruk dari Umno-Exit, jadi Rafidah kena ingat sejarah ini sebab Umno satu-satunya parti yang terus hidup kerana kesetiaan terhadap asas perjuangannya dan bukan disebabkan kepimpinan seseorang,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan bekas bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mengenai isu Umno-Exit dengan penyingkiran beberapa pemimpin parti itu.

Rafidah dalam kenyataan dalam laman sosial facebook berkata, perpaduan ahli Umno tersebut pastinya akan terjejas apabila terdapat perpecahan parti mengikut kelompok dan kumpulan tertentu.

“Setiap pemimpin mencuba sedaya upaya, untuk menunjukkan pemimpin yang satu lagi betul-betul hodoh dan buruk. Masing-masing menconteng arang kepada muka antara satu dengan yang lain, hingga setiap yang terlibat nampak begitu buruk dan hodoh kepada awam.

“Pasti ramai yang beranggapan bahawa tiada seorang pun pemimpin ‘yang betul’ dan menganggap ‘semuanya tak boleh pakai’ kerana para pemimpin sendiri yang mencaci dan memburukkan sesama sendiri,” katanya

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, penyingkiran bukan sahaja berlaku dalam Umno sahaja tetapi turut berlaku dalam parti lain termasuk Pas.

“Bahkan bukan perkara baru bagi bekas ahli yang mempunyai pengikut sendiri akan tubuhkan parti baru…kita boleh lihat perkara sama berlaku ketika zaman Datuk Onn  yang sendiri pengasas Umno keluar dan tubuhkan Parti Negara.

“Bagi saya, ni perkara biasa dan dalam Pas pun sama bila kalah bertanding, keluar Pas dan tubuhkan Amanah. Tapi persoalannya sekarang, sejauh mana parti baru ini boleh survive?

“Umno ni unik kerana alhamdullillah, kita mampu bertahan lama kerana ditubuhkan bukan kepimpinan seseorang tapi dasar perjuangan bangsa jika dibandingkan parti serpihan yang ditubuhkan kerana kepimpinan…tak mustahil akan berkubur tanpa nisan,” katanya.

INSIDEN DHAKA


Insiden tembak di Dhaka, tiada rakyat Malaysia terlibat
Insiden tembak di Dhaka, tiada rakyat Malaysia terlibat


SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan yang berlaku di Gulshan, Dhaka, Bangladesh semalam.

Namun, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka akan terus memantau perkembangan terkini melibatkan kejadian berdarah tersebut.

Dilaporkan tiga polis tempatan terbunuh dan mencederakan 30 yang lain manakala 20 warga asing pelbagai warganegara menjadi tebusan dalam insiden itu.

Melalui satu kenyataan media hari ini, kementerian menggesa Bangladesh memperhebatkan usaha untuk membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan dan meneruskan usaha untuk membebaskan tebusan.

“Satu insiden tembakan telah berlaku di Holey Artisan Bakery Cafe, kawasan yang sering dikunjungi warga asing di Gulshan, Dhaka, Bangladesh. Menurut laporan awal, dua orang bersenjata telah melepaskan tembakan secara rambang dalam premis tersebut. Kira-kira 20 orang pelbagai kewarganegaraan terutamanya Itali menjadi tebusan oleh sembilan orang lelaki bersenjata.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam ini. Malaysia merakamkan simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Bangladesh terutamanya kepada keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.

MENJELANG RAYA


Kereta terbabas, besi tembus kena kepada isteri
Wanita maut tertusuk besi penghadang jalan
Besi penghadang jalan yang menerusi kereta turut mencederakan Madihah menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.



DUNGUN - Seorang ibu muda berusia 21 tahun maut dalam satu nahas jalan raya yang berlaku di kilometer 83 jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Batu 5, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, sebuah kereta jenis proton Waja yang dipandu suaminya, Muhammad Syahir Muhammad Syafiq Chandran, 21, dipercayai hilang kawalan dan terbabas sendiri serta melanggar besi penghadang jalan.

Akibat pelanggaran itu, besi penghadang jalan telah menembusi kenderaan dan mengenai mangsa, Madihah Mohd yang berada di bahagian penumpang hadapan.

Madihah tersepit di tempat duduk dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun turut dikejarkan ke lokasi untuk membantu.

Bagaimanapun, wanita yang berasal dari kampung Alur Tembesu tersebut mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, ketika kejadian keluarga berkenaan dalam perjalanan dari arah Paka menuju ke Dungun.

"Sewaktu kejadian, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan turut meriba anaknya, Muhammad Naufal berusia 2 tahun.

"Bagaimanapun, kanak-kanak itu terselamat apabila besi penghadang jalan hanya mengenai Madihah.

"Pemandu yang juga suami mangsa turut terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa yang juga seorang suri rumah dibawa ke Hospital Dungun untuk tujuan bedah siasatan dan diserahkan kepada waris atau keluarga," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Kes ini di klasifikasikan sebagai terbabas sendiri dan ketika kejadian keadaan cuaca adalah baik serta cerah

"Terdapat selekoh ringan dan jalan rata serta kering.

"Berdasarkan pemeriksaan bahagian hadapan kenderaan sebelah kiri rosak teruk dan pintu hadapan sebelah kiri kemek serta besi penghadang jalan telah menembusi kereta," katanya.

PUTUS KAKI MENJELANG RAYA


Putus kaki dilanggar motosikal
Putus kaki dilanggar motosikal
 
Seorang wanita warganegara Indonesia tergilis kaki kirinya (masih tertiarap di atas jalan) apabila seorang penunggang motosikal merempuhnya di Jalan Tun Dr Lim Chong Eu awal pagi tadi - Foto Bernama
 
GEORGETOWN - Seorang wanita warga Indonesia putus kaki kirinya dipercayai dilanggar sebuah motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian berlaku di lampu isyarat simpang empat di lebuh raya berkenaan.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu, mangsa yang berusia 44 tahun dilanggar ketika sedang melintas jalan dari arah Gat Lebuh Macallum ke Jalan Gudwara.

"Siasatan awal mendapati, wanita berkenaan yang tinggal di Jalan Gudwara di sini dilanggar sebuah motosikal jenis Kawasaki di persimpangan itu.

"Kejadian berlaku ketika motosikal yang ditunggangi seorang lelaki dari arah Pengkalan Weld  ke arah Lebuh Cecil terlanggar dengan mangsa yang sedang melintas dari arah Gat Lebuh Macallum ke Jalan Gudwara.

"Siasatan juga mendapati motosikal berkenaan mengheret mangsa sehingga menyebabkan kaki kiri mangsa terputus di tempat kejadian manakala penunggang motosikal terbabas dan dipercayai turut cedera. Wanita berkenaan dalam keadaan sedar telah dibawa bersama kakinya yang putus ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya.

Mior Faridalathrash berkata, kaki mangsa berkemungkinan besar tidak dapat disambung semula berikutan urat sarafnya hancur.

"Polis masih mengesan penunggang motosikal itu yang dipercayai dibawa ke hospital swasta untuk  mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, motosikalnya berada di tempat kejadian.

"Tiada kamera litar tertutup (cctv) di tempat kejadian namun siasatan masih dijalankan untuk mendapatkan keterangan dari penunggang motosikal berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

MENJELANG RAYA

Penunggang motosikal maut digilis
Penunggang motosikal maut digilis
 Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
 
SLIM RIVER – Seorang penunggang motosikal maut dipercayai terlanggar serpihan tayar sebelum terjatuh dan digilis kenderaan lain dalam satu kejadian di Kilometer 390.2 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) berhampiran Slim River, malam tadi.

KES LGE VS DR KHIR TAK SAMA,


Dr Khir: Henti banding kes saya dengan LGE
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang berhenti membandingkan kes mereka kerana ia jelas berbeza.

Menurut Khir Toyo, hukuman dijatuhkan ke atasnya bukan atas pertuduhan rasuah sebaliknya menyalah guna kedudukan sebagai penjawat awam untuk mendapatkan sesuatu barangan berharga dengan lebih murah berbanding nilai sebenar daripada seseorang yang mempunyai urusan rasmi dengannya.

“Dalam kes saya, mahkamah mendapati saya bersalah kerana saksi pendakwa memberitahu mahkamah, beliau tidak setuju dengan harga RM3.5 juta tetapi terpaksa menjualnya kerana bimbang perniagaan beliau di Selangor terjejas.

“Justeru, saya nasihatkan Guan Eng berhenti membandingkan kes beliau dengan kes saya. Malah kes saya tidak sama dengannya kerana beliau turut didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang tentunya membabitkan kesalahan lebih serius,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik entry Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Guan Eng didakwa meluluskan permohonan Perlingkungan semula zon pertanian kepada perumahan am untuk Lot 346 dan 437 Mukim J, Daerah Barat Daya kepada Magnificient Emblen Sdn. Bhd. di Bilik Gerakan, Tingkat 28, bangunan Kompleks Tun Abdul Razak pada 18 Julai 2014.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa mendapatkan lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 25, Jalan Pinhorn di sini daripada Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta di alamat yang sama pada 28 Julai 2015.

Dalam pada itu, Guan Eng dalam satu kenyataan Khamis lalu menolak dakwaan kesnya sama dengan pendakwaan ke atas Khir Toyo dulu.

“Telah ada usaha untuk menyamakan kes saya dengan kes Khir Toyo. Ini sama sekali salah. Tidak seperti kes Khir Toyo, Phang Li Koon tidak rugi sehingga RM5 juta, malah memperoleh keuntungan kecil sebanyak RM300 ribu daripada harga asal RM2.5 juta yang dibayarnya. 

Tidak seperti kes Khir Toyo, Phang bukanlah pemaju perumahan yang harus bergantung kepada kerajaan negeri untuk meneruskan perniagaannya,” kata Guan Eng.

Menjawab kenyataan itu, Mohamad  Khir Toyo berkata, “jawapan saya, tidak seperti beliau membeli rumah yang lengkap dan sedia diduduki, Guan Eng meninggalkan fakta bahawa saya membeli sebuah rumah separuh siap tanpa CF (Sijil Kelayakan) dengan harga RM3.5 juta.”

Menurut Mohamad  Khir Toyo, harga asal RM6.5 juta merupakan nilai sebuah rumah lengkap sekali dengan perabot.

“Saya suka mengingatkan Guan Eng keputusan mahkamah ke atas saya langsung tidak mengambil kira hakikat penjual rumah saya tidak mendapat apa-apa keistimewaan dari kerajaan negeri Selangor pimpinan saya.

“Malah permohonan syarikat Shamsudin Hayroni (Pengarah Ditamas Sdn Bhd) yang disokong oleh saya juga ditolak PNSB (Permodalan Negeri Selangor Berhad),” katanya.

Pada Mei 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Ditamas melalui Shamsuddin dengan harga RM3.5 juta sedangkan nilai asal hartanah itu RM6.5 juta.

Nothing to hide palsu 2.0


Muhyiddin nafi sertai Nothing to Hide 2.0
Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menerima sebarang jemputan penganjur atau bersetuju dengan mana-mana pihak untuk menghadiri program ‘Nothing to Hide 2.0’, esok.

Pegawai Khasnya, Datuk Mohd Nardin Awang berkata, pihaknya percaya program tersebut palsu.

“Merujuk kepada hebahan program ‘Nothing to Hide 2.0’ pada Ahad, 3 Julai 2016 bertempat di Kelab Darul Ehsan anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang kononnya melibatkan Tan Sri Muhyiddin sebagai tetamu jemputan adalah dimaklumkan bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang jemputan daripada penganjur atau menyatakan persetujuan kepada mana-mana pihak untuk menghadiri program tersebut.

“Pihak kami percaya program ini adalah palsu dan hebahan mengenainya dibuat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab semata-mata bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan mencemarkan nama baik Tan Sri Muhyiddin,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Sebelumnya, hebahan mengenai program tersebut dilakukan secara meluas di media sosial oleh Facebook yang menggunakan nama JMM sejak beberapa hari lalu.

Hebahan itu mendakwa program tersebut sebagai majlis penerangan khas hak ehwal semasa dan selain nama Muhyiddin, nama Presiden JMM, Azwanddin Hamzah dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan turut tercatat sebagai tetamu.

Sementara itu, Azwanddin ketika dihubungi sebentar tadi tidak mahu mengulas apa-apa sebaliknya beliau berjanji akan mengulas isu berkenaan kemudian.

Korban meningkat


Dua maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan
Dua maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan
 
Keadaan kenderaan yang terbakar.
MELAKA - Dua rentung manakala enam lagi cedera dalam satu kemalangan di Lebuh AMJ berhampiran Balai Polis Malim melibatkan tiga kenderaan di sini malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dinaiki empat lelaki dari arah Melaka ke Cheng didapati hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbabas ke arah laluan bertentangan sebelum terbakar.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Baharudin Ismail berkata, apabila tiba di lokasi didapati api sedang marak dan menyukarkan kerja menyelamat.

"Kita menerima panggilan jam 8.30 dan tiba di lokasi kira-kira jam 8.45 malam, namun ketika itu api sedang marak.


"Kita dapat maklumat, empat individu berbangsa Cina dalam kereta terbabit, dua  sudah menyelamatkan diri manakala dua lagi di tempat duduk belakang terperangkap dan gagal membuka pintu," katanya.

Bagaimanapun, identiti dan jantina sebenar mangsa belum dapat dipastikan.

Enam yang cedera adalah dua lelaki, dua wanita  dan dua kanak-kanak.

Putus dua


Pemandu maut, kereta terputus dua
Pemandu maut, kereta terputus dua

KUALA KRAI - Seorang lelaki maut setelah kereta dipandunya terlibat Kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis Toyota Corolla dan Proton Iswara di Kilometer 8, Jalan Dabong Kuala Balah dekat Kampung Bukit Bedak, kira-kira jam 4 petang tadi.
Mangsa, Mansor Idris, 48, yang tersepit di tempat duduk pemandu maut di tempat kejadian sementara anak perempuan berusia 24 tahun cedera ringan.

Perlanggaran turut menyebabkan kereta dipandu mangsa terputus dua.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning  berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta jenis Toyota Corolla dipandu mangsa dari arah Dabong ke Kuala Balah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Menurutnya, kenderaan dipandu mangsa kemudiannya melanggar kereta Proton Iswara di laluan bertentangan.

"Kejadian merupakan kes pertama kemalangan maut di Kuala Krai selepas Ops Selamat dilancarkan, kelmarin.

"Pemandu kereta yang terlibat kemalangan dengan mangsa patah paha menerima rawatan di Hospital Jeli,"katanya kepada Sinar Harian.

Kes disiasat  dibawah Seksyen  41 (1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ)  1987.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan.

MULA SESAK TAPI MASIH LANCAR


Aliran trafik meningkat di Plaza Tol Gombak arah timur
Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM

KUALA LUMPUR - Aliran trafik dilaporkan mula meningkat dan bertali arus di Plaza Tol Gombak dan Bentong menghala ke pantai timur setakat 11.30 malam semalam.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata kenderaan mula keluar dari ibu negara menghala ke pantai timur, namun masih bergerak lancar di kedua-dua arah.   

Sementara itu, aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan perlahan berikutan jumlah kenderaan yang bertambah menghala ke utara.

Menurut jurucakapnya, lorong kanan di KM194.9 dari utara Taiping ke Bukit Merah telah dibuka tetapi trafik masih sesak walaupun kerja-kerja pengalihan akibat kemalangan telah selesai.

Beliau, bagaimanapun berkata kebanyakan aliran trafik lebuh raya utama di sekitar ibu negara dilaporkan bergerak lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

BERTEMBONG


Dua maut Proton Saga bertembung Perodua Myvi
Dua maut Proton Saga bertembung Perodua Myvi
Keadaan kereta yang remuk teruk.

KUALA NERUS - Dua maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 33, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu berdekatan Felda Belara, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 12.26 tengah hari itu, seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Setiu.


Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Jusoh Ali, 73, beralamat di Felda Chalok Barat yang juga merupakan penumpang di tempat duduk hadapan kereta jenis Proton Saga.


Seorang lagi mangsa yang juga merupakan penumpang tempat duduk hadapan kereta jenis Perodua Myvi dikenali sebagai Nor Atlina Ismail, 27, beralamat di Kampung Kesom Haji Hussin, Manir, Kuala Terengganu, disahkan meninggal ketika mendapatkan rawatan di hospital.


Kemalangan maut itu berlaku apabila kereta jenis Proton Saga yang dipandu Mohd Azliwady Mohd Nor dari arah Setiu menuju ke Kuala Terengganu bertembung dengan kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Lijah Abdul Rahman yang datang dari arah bertentangan ketika melalui selekoh tajam berdekatan Felda Belara.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

HILANG KAWALAN


Bas ekspres hilang kawalan, dua maut
Bas ekspres hilang kawalan, dua maut

BAGAN SERAI - Dua maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekpress di Kilometer 194.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) berhampiran Bukit Merah, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa yang maut merupakan pemandu bas dan seorang penumpang wanita.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, bas yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang itu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh besi pembahagi jalan.

Menurutnya, penumpang maut dikenali Ho Mei Lien, 56, beralamat dari Georgetown, disahkan maut di lokasi kejadian setelah tercampak keluar dari bas itu.

"Pemandu bas juga didapati tersepit di tempat duduk pemandu sewaktu kejadian berlaku sebelum meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital," katanya kepada media, hari ini.

Twitter @plustrafik melaporkan kesesakan berlaku sejauh 3 kilometer.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.