Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO - EXIT MENGHANTUI UMNO


Umno-Exit: Noh bidas Rafidah Aziz
Noh Omar
Noh Omar

TANJONG KARANG – “Kena ingat sejarah penubuhan Umno kerana parti itu hidup bukan kerana kepimpinan seseorang tetapi asas perjuangan membela bangsa dan negara,” demikian kata Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Menurutnya, setiap ahli perlu melihat semula sejarah penubuhan Umno yang dahulunya ‘survive’ dalam gelombang politik ketika zaman Tun Mahathir Mohamad yang pernah mengisytiharkan Umno haram dan membubarkannya.

“Saya masih ingat masa zaman pemuda dulu, beliau membubarkan Umno dan digantikan dengan satu parti lain yang dinamakan Umno Baru bahkan mana-mana yang tidak memihak kepadanya akan disingkirkan.

“Sebagai contoh di Tanjong Karang apabila Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang ketika itu, Allahyarham Datuk Kamaruzzaman Ahmad tidak menyokongnya disingkirkan dan digantikan orang baru walaupun kubu kuat.

“Ini lebih teruk dari Umno-Exit, jadi Rafidah kena ingat sejarah ini sebab Umno satu-satunya parti yang terus hidup kerana kesetiaan terhadap asas perjuangannya dan bukan disebabkan kepimpinan seseorang,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan bekas bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mengenai isu Umno-Exit dengan penyingkiran beberapa pemimpin parti itu.

Rafidah dalam kenyataan dalam laman sosial facebook berkata, perpaduan ahli Umno tersebut pastinya akan terjejas apabila terdapat perpecahan parti mengikut kelompok dan kumpulan tertentu.

“Setiap pemimpin mencuba sedaya upaya, untuk menunjukkan pemimpin yang satu lagi betul-betul hodoh dan buruk. Masing-masing menconteng arang kepada muka antara satu dengan yang lain, hingga setiap yang terlibat nampak begitu buruk dan hodoh kepada awam.

“Pasti ramai yang beranggapan bahawa tiada seorang pun pemimpin ‘yang betul’ dan menganggap ‘semuanya tak boleh pakai’ kerana para pemimpin sendiri yang mencaci dan memburukkan sesama sendiri,” katanya

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, penyingkiran bukan sahaja berlaku dalam Umno sahaja tetapi turut berlaku dalam parti lain termasuk Pas.

“Bahkan bukan perkara baru bagi bekas ahli yang mempunyai pengikut sendiri akan tubuhkan parti baru…kita boleh lihat perkara sama berlaku ketika zaman Datuk Onn  yang sendiri pengasas Umno keluar dan tubuhkan Parti Negara.

“Bagi saya, ni perkara biasa dan dalam Pas pun sama bila kalah bertanding, keluar Pas dan tubuhkan Amanah. Tapi persoalannya sekarang, sejauh mana parti baru ini boleh survive?

“Umno ni unik kerana alhamdullillah, kita mampu bertahan lama kerana ditubuhkan bukan kepimpinan seseorang tapi dasar perjuangan bangsa jika dibandingkan parti serpihan yang ditubuhkan kerana kepimpinan…tak mustahil akan berkubur tanpa nisan,” katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.