Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KES LGE VS DR KHIR TAK SAMA,


Dr Khir: Henti banding kes saya dengan LGE
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang berhenti membandingkan kes mereka kerana ia jelas berbeza.

Menurut Khir Toyo, hukuman dijatuhkan ke atasnya bukan atas pertuduhan rasuah sebaliknya menyalah guna kedudukan sebagai penjawat awam untuk mendapatkan sesuatu barangan berharga dengan lebih murah berbanding nilai sebenar daripada seseorang yang mempunyai urusan rasmi dengannya.

“Dalam kes saya, mahkamah mendapati saya bersalah kerana saksi pendakwa memberitahu mahkamah, beliau tidak setuju dengan harga RM3.5 juta tetapi terpaksa menjualnya kerana bimbang perniagaan beliau di Selangor terjejas.

“Justeru, saya nasihatkan Guan Eng berhenti membandingkan kes beliau dengan kes saya. Malah kes saya tidak sama dengannya kerana beliau turut didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang tentunya membabitkan kesalahan lebih serius,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik entry Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Guan Eng didakwa meluluskan permohonan Perlingkungan semula zon pertanian kepada perumahan am untuk Lot 346 dan 437 Mukim J, Daerah Barat Daya kepada Magnificient Emblen Sdn. Bhd. di Bilik Gerakan, Tingkat 28, bangunan Kompleks Tun Abdul Razak pada 18 Julai 2014.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa mendapatkan lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 25, Jalan Pinhorn di sini daripada Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta di alamat yang sama pada 28 Julai 2015.

Dalam pada itu, Guan Eng dalam satu kenyataan Khamis lalu menolak dakwaan kesnya sama dengan pendakwaan ke atas Khir Toyo dulu.

“Telah ada usaha untuk menyamakan kes saya dengan kes Khir Toyo. Ini sama sekali salah. Tidak seperti kes Khir Toyo, Phang Li Koon tidak rugi sehingga RM5 juta, malah memperoleh keuntungan kecil sebanyak RM300 ribu daripada harga asal RM2.5 juta yang dibayarnya. 

Tidak seperti kes Khir Toyo, Phang bukanlah pemaju perumahan yang harus bergantung kepada kerajaan negeri untuk meneruskan perniagaannya,” kata Guan Eng.

Menjawab kenyataan itu, Mohamad  Khir Toyo berkata, “jawapan saya, tidak seperti beliau membeli rumah yang lengkap dan sedia diduduki, Guan Eng meninggalkan fakta bahawa saya membeli sebuah rumah separuh siap tanpa CF (Sijil Kelayakan) dengan harga RM3.5 juta.”

Menurut Mohamad  Khir Toyo, harga asal RM6.5 juta merupakan nilai sebuah rumah lengkap sekali dengan perabot.

“Saya suka mengingatkan Guan Eng keputusan mahkamah ke atas saya langsung tidak mengambil kira hakikat penjual rumah saya tidak mendapat apa-apa keistimewaan dari kerajaan negeri Selangor pimpinan saya.

“Malah permohonan syarikat Shamsudin Hayroni (Pengarah Ditamas Sdn Bhd) yang disokong oleh saya juga ditolak PNSB (Permodalan Negeri Selangor Berhad),” katanya.

Pada Mei 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Ditamas melalui Shamsuddin dengan harga RM3.5 juta sedangkan nilai asal hartanah itu RM6.5 juta.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.