Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENJELANG RAYA


Kereta terbabas, besi tembus kena kepada isteri
Wanita maut tertusuk besi penghadang jalan
Besi penghadang jalan yang menerusi kereta turut mencederakan Madihah menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.



DUNGUN - Seorang ibu muda berusia 21 tahun maut dalam satu nahas jalan raya yang berlaku di kilometer 83 jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Batu 5, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, sebuah kereta jenis proton Waja yang dipandu suaminya, Muhammad Syahir Muhammad Syafiq Chandran, 21, dipercayai hilang kawalan dan terbabas sendiri serta melanggar besi penghadang jalan.

Akibat pelanggaran itu, besi penghadang jalan telah menembusi kenderaan dan mengenai mangsa, Madihah Mohd yang berada di bahagian penumpang hadapan.

Madihah tersepit di tempat duduk dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun turut dikejarkan ke lokasi untuk membantu.

Bagaimanapun, wanita yang berasal dari kampung Alur Tembesu tersebut mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, ketika kejadian keluarga berkenaan dalam perjalanan dari arah Paka menuju ke Dungun.

"Sewaktu kejadian, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan turut meriba anaknya, Muhammad Naufal berusia 2 tahun.

"Bagaimanapun, kanak-kanak itu terselamat apabila besi penghadang jalan hanya mengenai Madihah.

"Pemandu yang juga suami mangsa turut terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa yang juga seorang suri rumah dibawa ke Hospital Dungun untuk tujuan bedah siasatan dan diserahkan kepada waris atau keluarga," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Kes ini di klasifikasikan sebagai terbabas sendiri dan ketika kejadian keadaan cuaca adalah baik serta cerah

"Terdapat selekoh ringan dan jalan rata serta kering.

"Berdasarkan pemeriksaan bahagian hadapan kenderaan sebelah kiri rosak teruk dan pintu hadapan sebelah kiri kemek serta besi penghadang jalan telah menembusi kereta," katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.