Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PUTUS KAKI MENJELANG RAYA


Putus kaki dilanggar motosikal
Putus kaki dilanggar motosikal
 
Seorang wanita warganegara Indonesia tergilis kaki kirinya (masih tertiarap di atas jalan) apabila seorang penunggang motosikal merempuhnya di Jalan Tun Dr Lim Chong Eu awal pagi tadi - Foto Bernama
 
GEORGETOWN - Seorang wanita warga Indonesia putus kaki kirinya dipercayai dilanggar sebuah motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian berlaku di lampu isyarat simpang empat di lebuh raya berkenaan.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu, mangsa yang berusia 44 tahun dilanggar ketika sedang melintas jalan dari arah Gat Lebuh Macallum ke Jalan Gudwara.

"Siasatan awal mendapati, wanita berkenaan yang tinggal di Jalan Gudwara di sini dilanggar sebuah motosikal jenis Kawasaki di persimpangan itu.

"Kejadian berlaku ketika motosikal yang ditunggangi seorang lelaki dari arah Pengkalan Weld  ke arah Lebuh Cecil terlanggar dengan mangsa yang sedang melintas dari arah Gat Lebuh Macallum ke Jalan Gudwara.

"Siasatan juga mendapati motosikal berkenaan mengheret mangsa sehingga menyebabkan kaki kiri mangsa terputus di tempat kejadian manakala penunggang motosikal terbabas dan dipercayai turut cedera. Wanita berkenaan dalam keadaan sedar telah dibawa bersama kakinya yang putus ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya.

Mior Faridalathrash berkata, kaki mangsa berkemungkinan besar tidak dapat disambung semula berikutan urat sarafnya hancur.

"Polis masih mengesan penunggang motosikal itu yang dipercayai dibawa ke hospital swasta untuk  mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, motosikalnya berada di tempat kejadian.

"Tiada kamera litar tertutup (cctv) di tempat kejadian namun siasatan masih dijalankan untuk mendapatkan keterangan dari penunggang motosikal berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.