Di Malaysia ramai orang yang bersikap seperti yang di sebut oleh Allah di dalam firmanNya di bawah ini:
Firman Allah dalam surah al khaf ayat 103-104
قل هل ننبئكم با لأخسرين أعملا
الذين ضل سعيهم فى الحيوة الدنيا وهم يحسبون أنهم يحسنون صنعا
Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad) mahukah Kami khabarkan kepada kamu, akan orang yang rugi serugi-ruginya, amal-amal perbuatannya, (iaitu) orang yang sia-sia amal ushanya di dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka sentiasa benar dan baik pada apa saja yang mereka lakukan
Ayat yang di atas sedang melanda kepada para pemimpin di dalam negara ini, mereka melakukan mengikut sekehendak hatinya dengan tidak mahu mengambil kira pandangan orang ramai pada apa saja keputusan yang di ambilnya atau mengambil kira pandangan hukum yang telah di tetapkan oleh Allah yang berkait dengan sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan awam, maka pemimpin ini di sifatkan oleh Allah sebagai orang yang telah sia-sia dan rugi segala amalannya kerana sikap mereka yang bodoh sombong
Pemimpin atau orang ramai yang bersikap seperti firman di atas bukan saja bodoh dan sombong akan tetapi sebenarnya mata hatinya buta dan di akhirat nanti mata mereka akan di butakan oleh Allah sebagaimana yang di sebut oleh Allah ومن كان فى هذه أعمى فهوفى الأخرة أعمى وأضلل سبيلا (Sesiapa yang berada di dunia ini dalam keadaan buta mata hatinya, maka ia akan menjadi buta juga di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya) Al Israk ayat 72
Buta mata hati ini di terjemahkan kepada manusia bagaimana mereka boleh hidup di akhirat dalam keadaan di butakan oleh Allah mata hatinya kerana sikap mereka yang bodoh sombong di dunia sehinggakan mereka tidak faham hendak menilai mana yang baik dan buruk, dan di antara yang benar dan salah, mereka hanya mengikut saja pandangan orang ramai bagaikan lembu di cucuk hidung kerana kepentingan kebendaan dan kebodohan hendak menilai mana yang benar dan salah
Orang yang buta mata hatinya memang tidak mahu di nasihati dan tidak pula mereka dapat menerima dakwah kerana di dalam hatinya telah di letakkan oleh Allah suatu penyakit yang bertambah-tambah atas kedegilan mereka, mereka ada mata, telinga dan hati akan tetapi mereka lebih cenderung menjadikan diri mereka seperti binatang ternakan sebagaimana firman Allah dalam surah al A'araf ayat 179
Firman Allah:
ولقد ذ رأ نا لجهنم كثيرا من الجن والأنس لهم قلوب لا يفقهون بها
ولهم أعين لا يبصرون بها ولهم ءا ذان لا يسمعون بها أولئك كالأ
نعم بل هم أضل أولئك هم الغفلون
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahannam ramai dari kalangan Jin dan Manusia, yang mempunyai hati tidak mahu memahami ayat-ayat Allah, yang punyai mata tidak mahu melihat, yang punyai telinga tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat, mereka itu seperti binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang yang lalai
Ayat yang di atas sangat mengharukan kita, apakah kita tergolong dalam kumpulan tersebut ? maka eloklah kita bertanyakan kepada diri kita sementara boleh bertaubat dan sihat badan sebelum kita di cop oleh Allah sebagai binatang, malah lebih sesat daripada binatang, Inilah zaman yang sedang kita berada di dalamnya, oleh kerana itu fikir-fikirkanlah
1 orang berkata:
Terima kasih dan saya nak mintak izin nak copy and nak postkan kat facebook - terimah kasih
Post a Comment