Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MANUSIA DI DUA PERSIMPANGAN JALAN

Salam

Ketika kita memohon kepada Allah supaya di tunjukkan ke jalan yang lurus, sama ada melalui solat lima waktu atau solat sunat maka kita memohon kepada Allah  اهد نا الصرط المستقيم  (Tunjukkan kami ke jalan yang lurus) Permohonan kita kepada Allah ini  di harapkan kita mendapat petunjuka daripada Allah s.w.t supaya kita berada di landasan yang betul dan apabila kita berada di landasan yang betul maka kita hendaklah ingat bahawa kita sentiasa di landa oleh berbagai fitnah dan pemikiran kita sentiasa di ganggu oleh pemimpin-pemimpin yang jahil tentang islam sehingga mengelirukan orang ramai kerana berbagai-bagai kepentingan menyebabkan agama yang kita anuti menjadi huruhara

Allah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 3 FirmanNya:

اليوم يئس الذين كفروا من دينكم فلا تخشوهم واخشون اليوم أكملت لكم دينكم  وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الأسلم دينا 

Maksudnya: Pada hari ini orang-orang kafir berputus asa daripada agama kamu, maka jangan kamu takutkan mereka, takutlah kepadaKu, Pada hari ini telah-Ku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan bagi kamu nikmatKu dan telah Aku redha islam menjadi agama kamu

Ayat yang di atas para ulama telah menyatakan perkara yang di namakan agama ialah ajaran agama yang menyeluruh yang merangkumi perkara yang berkait dengan kehidupan manusia dan negara.  Yang berkait dengan akidah di namakan Ilmu Tauhid atau ilmu Usuludin atau ilmu akaidul iman, yang berait dengan hukum hakam, di namakan ilmu fekah, dan yang berkait dengan ilmu rohani di namakan ilmu tasawwuf atau ilmu akhlak

Para ulama muta akhir ini pula membahagikan ilmu islam dalam perkara feqah yang berkait dengan urusan pemerintah sama ada yang berkait dengan ekonomi, undang-undang, pentadbiran dan politik pula di namakan siasah syari"iyah yang berkait dari sumber daripada kitab dan sunah Rasullullah s.a.w yang menjadi perhatian bangsa barat dan timur setelah agama yang lain gagal dalam mentadbir negara dan kehidupan manusia

Seorang ulama yang terkenal (Ibnu Qayyim Al Jauziyah)  menyatakan bahawa "Tiada siasah melainkan menepati hukum Syarak, kita jangan lagi di kelirukan oleh golongan  JUHALA yang sering membawa fitnah dalam perkara agama dan juga golongan yang menyembunyikan ilmu yang membawa kepada kesesatan dan  kita memelihara ilmu dan amalan kita secara amanah supaya Allah memelihara kita

Firman Allah s.w.t dalam surah Al Baqarah ayat 159-160

أن الذين يكتمون ما أنزلنل من البينت واهدى من بعد ما بينه للناس فى الكتب أولئك يلعنهم الله ويلعنهم اللعنون
ألا الذين تا بوا و اصلحو او بينوا فأ و لئك أتوب عليهم وأ نا التوا ب الرحيم

Maksudnya:  Sesungguhnya mereka-mereka yang menyembunyikan keterangan-keterangan yang ada di dalam al Kitab, setelah di nyatakan kepada mereka, dan mereka mengetahui keterangan itu lalu mereka menyembunyikannya, mereka itulah orang yang di laknat oleh Allah dan di laknat seluruh yang melaknat,  (Allah, malaikatNya, orang-orang yang soleh, binatang-binatang yang melata di bumi dan yang terbang di udara serta berenang di lautan)  semuanya melaknat mereka melainkan orang yang bertaubat dan melakukan kebaikan, mereka itulah yang di terima oleh Allah taubat mereka, sesungguhnya Allah Maha Menerima taubat lagi maha penyayang

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.