Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

13 MAY JANGAN SEBUT DAN JANGAN DI UNDANG

Salam

13 May jangan di sebut dan jangan di undang ! Perbetulkan demokrasi di dalam negara. Jika rakyat hendak tahu bagaimana keadaan 13 May 69, lihat saja di Muka akhbar akhbar Mingguan Malaysia hari ini, mayat bergelimpangan di jalan raya akibat di tembak tentera, perbetulkan  demokrasi di dalam negara

Apa yang berlaku di Thailang sekarang itulah keadaan di Malaysia ketika 13 May 69 dahulu, perbetulkan demokrasi di dalam negara.  Rakyat apabila sudah hilang kesabaran dengan rasuah politik yang di lakukan dengan terang-terangan maka rakyat akan bangun mengubah dengan perasaan mereka

Rakyat boleh hilang kesabaran apabila terlalu banyak perkara yang mungkar berlaku di dalam negara ini dengan banyaknya penyelewengan yang berlaku di dalam negara  ! maka perbetulkan demokrasi di dalam negara sebelum rakyat hilang kesabaran dan membuat perhitungan sendiri

Apa yang berlaku di Thailang adalah bayang-bayang kepada 13 May 69, yang mana di hadapan bangunan perkim  jalan Ipoh mayat bergelimpangan di sana sini, mayat bagaikan bangkai binatang yang sudah kembung dengan bau yang sangat busuk, maka perbetulkan demokrasi di dalam negara

Merasuah pengundi, menggunakan masjid secara terangan kemudian menuding jari kepada pehak lawan yang lemah hanya mengundang demdam kesumat yang tiada berkesudahan, mempergunakan kuasa polis untuk berselindung akan perbuatan sendiri hendaklah di hapuskan, maka perbetulkan demokrasi di dalam negara ini

Semua agensi kerajaan perlu berjalan denga telus dan jangan memehak kepada kerajaan adalah di tuntut tanpa melakukan berdalih secara bodoh kerana rakyat sudak pandai menilai kerja terkutuk mereka, maka perbetulkan demokrasi di dalam negara ini

Merancang sesuatu dengan cara tipu helah politik tanpa menunjukkan kebenaran demokrasi yang di perkenalkan hendaklah di hentikan supaya rakyat tidak hilang kesabaran dan hentikan amalan membeli wakil rakyat secara bermuslihat, maka perbetulkan demokrasi di dalam negara ini

SPR kena menilai bentuk rasuah di dalam sesuatu pilihanraya dan kuat kuasakan peraturan tersebut supaya kelihatan kerja dan tugasnya di hormati sebelum rakyat hilang kesabaran, memindahkan nama pengundi di tempat lain atau memadamkan nama-nama pengundi dendaklah di hentikan segera sebelum rakyat membuat perhitungan sendiri, maka perbetulkan demokrasi di dalam negara ini

Rakyat jangan di pertakutkan dengan ugutan yang bodoh, penyalahkan kegunaan wang negara hendaklah di hentikan, menyentuh soal perkauman yang tidak perlu dan di buat secara kurang ajar hendaklah di hentikan, memaksa rakyat supaya memehak kepada mereka dengan cara tidak demokrasi dan ugutan hendaklah di hentikan, maka perbetulkan demokrasi di dalam negara ini

Menggunakan kuasa raja supaya memehak kepada mereka dan menghasut supaya membenci golongan yang tertentu suatu yang mengundang celaka badan, menggunakan pehak berkuasa agama supaya mengawasi dan menangkap penceramah secara jalang tua hendaklah di berhentikan, maka perbetulkan demokrasi di dalam negara ini

SEMUA ITU TELAH BERLAKU DI DALAM NEGARA INI DAN BANYAK LAGI KERJA YANG DI LAKUKAN OLEH PARTI TERTENTU YANG MENJADI PUSAKA KEPADA PARTI YANG DI TINDAS DI DALAM NEGARA INI, AWASSS ! JANGAN UNDANG SEBAGAIMANA DI THAILAND ! MAKA PERBETULKAN DEMOKRASI DI DALAM NEGARA INI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.