BENARLAH APA YANG DI KATAKAN KHALIFAH UMAR AL KHATAB:
نحن قوم اعزنا الله بالأسلا م فمهما نبتغ العز بغير ما اعزنا الله اذ لنل الله
Maksudnya: Sesungguhnya kita (umat islam) yang di berikan kemuliaan oleh Allah dengan islam, walau bagaimana kita mencari kemenangan dan kemuliaan selain daripada islam maka kita akan menerima hukum penghinaan daripada Allah s.wt
Ayat yang keluar daripada mulut Saidina Umar r.a ini sudah lama di luahkannya supaya umat islam yang terdiri dari berbagai puak dan bangsa termasuklah bangsa arab memikirkannya kembali, apa yang berlaku di zamannya maka bakal akan berlaku juga pada zaman selepasnya iaitu umat islam akan mendapat kehinaan daripada Allah sekiranya mereka mencari kemenangan selain dari cara islam
Hari ini umat islam yang terdiri dari berbagai puak dan bangsa sudah di hinakan oleh Yahudi, mereka di malukan oleh bangsa itu dengan menyerang rombongan bantuan kemanusiaan kepada Palastin, bangsa arab yang berada di sekeliling Palastin membisu seribu bahasa, umat islam yang bukan dari keluarga arab yang di luar kelompok arab juga turut membisu, termasuklah di negara ini, jika adapun yang berani bersuara hanyalah menyalak bagaikan anjing yang tidak akan sampai kemana
Umat islam telah mengalami hukuman daripada Allah sebagaimana yang kita lihat pada hari ini, Allah s.w.t menghukum umat islam dengan mengizinkan Yahudi Israil menyerang rombongan bantuan kemanusiaan untuk umat islam di Palastin supaya perasaan umat islam menderita sakit yang tidak sebarang tanggung, nah sekarang rasakanlah ! Hanya mereka yang mempunyai perasaan sahaja yang dapat merasakan sakitnya, yang tidak merasakan apa-apa mereka samalah seperti bangsa arab yang berada di sekeliling negara israil yang telah menjadi dayus malah mengambil Yahudi sebagai kawan
Umat islam menjadi bangsa yang dayus ! umat islam sudah menjadi bangsa yang menikus, umat islam kebanyakannya sudah berada di bawah ketiak Yahudi sebab itu mereka tidak merasa apa-apa apabila saudara mereka di serang oleh Yahudi, DAN DOSA YANG PALING BESAR YANG DI TANGGUNG OLEH UMAT ISLAM IALAH APABILA MEREKA MENINGGALKAN ISLAM SEBAGAI DASAR KEMENANGAN DAN MEREKA GANTIKAN DENGAN SEMANGAT BANGSA, LALU ALLAH HINAKAN MEREKA
Di dalam al quran Allah berfirman: (Q.S Muhammad 7)
يأ يها الذين ءامنو أن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman ! Jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah membela kamu untuk mencapai (kemenangan) dan mengukuhkan tapak pendirian kamu
Lihatlah ayat yang di atas dengan membuka mata hati kamu wahai umat yang mengakui sebagai umat islam dan Muhammad, kamu telah di hinakan oleh Allah dan Israil dengan izin Allah kerana kamu berbangga dengan bangsa dan puak kamu dengan meninggalkan islam, islam hanya kamu jadikan budaya, islam kamu jadikan hanya sebagai mainan, islam kamu jadikan hanya sebagai olok-olok, Islam hanya kamu jadikan yang terbawah dari dasar bangsa, maka pada hari ini kamu telah di hinakan
Kamu wahai manusia yang mengakui sebagai umat islam, kamu hanya mengakui sebagai umat yang di muliakan oleh Allah ! akan tetapi kamu kufur dengan amaran Allah dan agamaNya, kamu lebih menyanjung Yahudi Israil dengan alasan teknoloji yang serba canggih, maka kamu menirunya, pada hal kamu lupa al quran itu tiada apa yang kurang, namun kamu hanya menjadikannya sebagai berkhayal dengan taranumnya sahaja dan kamu mengambil sebahagian ayatNya dan meninggalkan sebahagian yang lain, maka hari ini kamu telah menjadi bangsa yang bangsat !
Kita hendaklah ingat ! selagi umat islam beramal dengan amalan Yahudi, masih beramal dengan sifat-sifat Yahudi, selagi dasar-dasar Yahudi masih lagi bertapak kukuh di dalam pemikiran umat islam maka selagi itulah umat islam mendapat penghinaan daripada Allah s.w.t
0 orang berkata:
Post a Comment