PARA ULAMA JANGAN JADI BISU, JANGAN JADI BURUNG KEDIDI !
Ulama adalah kata jamak bagi orang yang 'alim, ertinya mereka memahami dalam bidang agama dalam soal hukum baik hukum yang tersurat ataupun tersirat, mereka sepatutnya menjadi rujukan segala apa yang di ragui dalam soal hukum dan yang paling baik merekalah sepatutnya di lantik sebagai Ulil Amri yang mempunyai kuasa memerintah negara, inilah contoh yang di dahului oleh Baginda Rasullullah s.a.w
Ulama tidak boleh bersekongkol dengan mana-mana Umarak (Pemerintah) yang melakukan maksiat dan membenarkan diri mereka di benarkan untuk di jadikan alat oleh pemerintah yang maksiat, sekali-kali tidak boleh, pada tangan merekalah harapan Allah dan rasulNya serta umat islam yang lain supaya menjaga agama dan urusan umat islam supaya agama sentiasa terpelihara dan umat sentiasa selamat
Andainya ulama tiada kuasa untuk menjadi Ulil Amri maka mereka hendaklah menjadi penasihat kepada Ulil Amri dan mereka mesti ada kekuatan dan jangan menjadi ulama bisu yang hanya menggangguk apabila ada pemimpin yang membuat maksiat atau mereka cuba merengankan hukum maksiat itu kepada hukuman yang tidak sepatutnya kerana mahu menjaga perhubungan di antara ulama dan umarak
Dalam soal Ulil Amri Allah berfirman (An Nisa 59)
يأ يها الذين امنواا طيعوا الله واطيعواا لرسول واولى الأمر منكم
فأن تنا زعتم فى شئ فرد وه الى الله ورسول
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, ta'atlah kamu kepada Allah dan ta'atlah kamu kepada rasul, dan kepada orang-orang yang berkuasa di antara kamu, dan jika kamu bertelengkah pada sesuatu perkara maka kembalilah kepada Allah dan rasul ...
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa memang boleh kita ta'at kepada Ulil Amri selagi mana ia tidak melakukan maksiat dan itu adalah suatu budi bicara dan baik sangka kerana ta'at kepada Ulil Amri tidak mutlak, dan menyerahkan sesuatu amanah kepada pemerintah yang maksiat atau kepada yang bukan ahlinya dalam urusan agama maka itu adalah khianat, sebagaimana yang di tetapkan oleh Rasullullah s.a.w (H.R Al Hakim)
من ولي من أسرالمسلمين شئا فولى رجلا وهو يجد من هو
أصلح للمسلمين منه فقد خان الله ورسوله والمؤ منين
Maksudnya: Brangsiapa yang memegang kuasa dari urusan kaum muslimin, lalu mereka berikan (amanah) kepada seseorang pada hal dia tahu bahawa ada lagi orang lain yang lebih arif untuk kaum muslimin daripada orang yang dia lantik, maka berkhianatlah dia kepada Allah dan rasulnya dan berkhianat kepada kaum muslimin
Hadis di atas menunjukkan ujud sudah golongan yang telah membuat khianat kepada Allah dan rasulNya dan juga berkhianatlah juga mereka kepada orang-orang muslimin, maka tanggunglah ! Dan inilah yang telah terjadi di negara ini
Dan sabda Rasullullah lagi (Riwayat soheh Bukhary)
أذا وسدا لأمر ألى أهله فا نتظرالسا عة (Apabila sesuatu urusan itu di serahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah sa'atnya (Kehancurannya) demikian ketetapan agama yang apabila kita lakukan dengan menyalah gunakan kuasa potpolionya kepada yang bukan ahli, lantas apa yang akan terjadi pada negara ini kelak ? Kerana itu jika perhubungan ulama dan umarak sudah menjadi tiada batas sempadan dalam urusan dunia dan akhirat maka itu suatu yang ganjil, namun ia berlaku juga di negara ini
9 orang berkata:
setuju dengan pak karam mu, tapi kalau ulamak setuju dengan parti yang yang jelas tolak negara islam camner ? contoh DAP tolak Islam, ulamak PAS buat apa ? jadi burung kedidi jer ?
sALAM
MASALAH YANG ADA IALAH JIKA AHLI UMNO SAJA MAHUKAN NEGARA ISLAM TAPI PUCUK PIMPINANNYA MENOLAK MACAM MANA ? ALANGKAH BAIKNYA JIKA SEKARANG UMNO MENUBUHKAN NEGARA ISLAM SUPAYA TERMAKTUB DENGAN RASMINYA NEGARA INI SEBAGAI NEGARA ISLAM
JIKS ORSNG UMNO MARAHKAN DAP MAKA ORANG PASPUN MARAHKAN GERAKAN YANG TERBUKTI TELAH MEMULAKAN MAY 13, SEBAB ITU DINO FIKIR SENDIRILAH MANA LEBIH BAIK DI ANTARA DAP DAM GERAKAN, KITA JANGAN TUNJUKKAN EMOSO TANPA FAKTA
PakKaramu .... macamana dengan ulamak yang memegang kunci syurga dan yang melacurkan agama demi kepentingan politik?
heran bin ajaib parti islam pulak tu !!!!
Cuba berikan bukti atau nas yang mengatakan ulama mana yang pegang kunci syurga ?
Cuba bagitahu nas yang mana terdapat dalam quran yang islam tiada politik, itu la jangan berfahaman sekular yang mengsingkan antara agama dan politik, fahaman ini adalah fahaman orang gereja katholik, kamu kristiankah ?
Sekarang ni ramai Ulamak pemegang kunci Neraka..Jadi Barua pimpinan Umno..Ulamak Kakak Tua..Bila disuruh bercakap baru bercakap..Hampehhh
Mohon linkkan blog ana ustaz..http://karatijau.blogspot.com
replica bags in dubai replica evening bags replica evening bags
Source Ysl replica anonymous best replica bags online check out this site replica wallets
w3q06c2y34 v2v96x4s37 v9d53r6i21 t7f05j4c69 w9a12p0w47 q5d06t3w81
Post a Comment