JIKA BERPOLITIK MENGHALALKAN YANG HARAM DAN MENGHARAMKAN YANG HALAL, MAKA TUNGGULAH KEHANCURAN
Politik di Malaysia mungkin akan berlaku suatu keadaan yang tidak aman dan setabil kerana nampaknya corak kempen parti-parti politik negara semakin menjurus kepada ketegangan kaum ataupun agama, rasanya BN/UMNO telah memulakan ini kemudian di tiru oleh parti-parti yang lain
Apabila BN/UMNO telah berjaya dalam kempen agama yang kotor maka parti-parti yang lain akan meniru sama dengan tujuan untuk menang, sekalipun isu yang di mainkan itu mengundang bahaya ia di umpamakan seperti bom jangka yang hanya menunggu untuk meletup pada bila-bila masa
Di Hulu Selangor telah memulakan isu arak, kemudian di ikuti rapat dengan isu pribadi , pemipuan dan rasuah politik.Di Sibu isu agama telah di mulakan oleh BN/UMNO dengan menyatakan bahawa jika orang Sibu memilih calon DAP maka bererti mereka memilih dan suka kepada PAS dan Negara Islam
Kempen BN/UMNO di Sarawak ini walaupun di lihat sebagai isu yang memakan diri namun dengan mengutarakan isu ini bererti mereka telah memulakan tiupan pertama kepada isu tiupan api pergaduhan kerana dengan menyentuh PAS dan agama yang secara kebetulan mereka di pertakutkan kepada islam, seolah-olah islam ini ganas dan tidak boleh di percayai
BN/UMNO telah memesongkan isu sebenar kewujudan parti-parti politik untuk memberikan keselesaan dan kemakmuran kepada rakyat yang di lihat sudah tidak berkesan kerana telah banyak berlaku penyelewengan dan rasuah maka mereka mengalihkan pula sengan isu yang lebih kotor bagi memenangi hati rakyat sekalipun mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal
0 orang berkata:
Post a Comment