Jika berlaku rombakan kabinet waktu yang terdekat ini maka inilah masanya Perdana menteri membuat pembersihan bau-bau kabinet Pak Lah yang masih berada di dalamnya, keputusan pilihanraya Sarawak nantipun akan mempengaruhi rombakan kabinet perdana menteri
mungkin ada perubahan tentang jawatan serta perlantikan yang baru ataupun mungkin ada yang di gugurkan kerana terlalu lama berkhidmat, datok Hishamuddin rasanya perlu menjawat kementerian yang lain kerana masalah kementerian ini sangat mencabar dan dia bukan sepatutnya duduk di situ
Menteri Pertahanan juga perlu di tukar kerana Zahid di pandang kurang memahami rahsia keselamatan negara, yang layak di situ ialah Noh Omar, sementara Khairy rasanya belum lagi berkemampuan duduk dalam kabinet kerana terlalu muda dan kurang matang dalam mengedalikan sesuatu kementerian
Andainya dia hendak di lantik juga maka dia kena di letakkan sebagai timbalan menteri sukan ok lah atau timbalan menteri wanita biar dia garang sikit kerana terlalu ramai dan banyak maksiat yang berlaku di waktu kebelakangan ini
1 orang berkata:
Naiara visiting your blog
Post a Comment