Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEBANGKITAN MELAYU SEMPERNA 13 MAY

Salam

UMNO MAHU MENGINGATKAN PENGUNDI CINA SUPAYA MENGUNDI BN/UMNO DENGAN MENGANJURKAN PERHIMPUNAN MEMPERINGATI PERISTIWA 13 MAY 69 

Kebangkitan bangsa melayu yang akan di adakan di K Trengganu pada 13 May  ini bertujuan apa ? Apakah mahu mengingatkan peristiwa berdarah itu sebagai mahu mengukuhkan melayu ? Anjuran oleh kumpulan NGO  UMNO ini di lihat sebagai tidak relevan sebab tujuannya adalah kabur

Mengapa tidak PERKASA sahaja yang menganjurkannya ? Bukankah PERKASA sering bersuara lantang untuk memperjuangkan ketuanan melayu ? NGO KEBANGKITAN MELAYU ini bila pula di tubuhkan tiba-tiba saja nak bangkitkan melayu, Apakah selama ini melayu tidur nyenyak ?

Bagi Pak Karamu yang terlibat secara langsung dalam peristiwa 13 May merasakan akan  terangsang kembali, semangat kepahlawanan Pak Karamu akan menjadi segar bugar kerana Pak Karamu ketika itu adalah seorang tentera yang berlokasi di K Lumpur dan terlibat langsung dalam peristiwa 13 May

NGO KEBANGKITAN MELAYU jangan jadi penghasut kaum di negara ini sedangkan Najib telah perkenalkan 1 Malaysia, Adakah kamu mahu melawan Najib yang memperkenalkan 1 Malaysia ? Atau kamu mahu mengugut kaum lain supaya secara terpaksa mengundi BN/UMNO di Sibu ?

Apa pandangan KEBANGKITAN MELAYU jika peristiwa mengingat 13 May 69 ini di Sibu sahaja ? Di Trengganu jika di adakan apa hikmahnya sedangkan peristiwa ini berlaku di Kuala Lumpur, kalau nak gertak tu biarlah lojik sikit, apa kata kamu jika memperingati 13 May ini di sebarkan saja di Sibu bagi modal politik  di sana ? Nampaknya modal ini makan tuan lagi, UMNO semakin tidak kena nampaknya

Orang UMNO nampaknya sering sahaja meniupkan api perkauman di negara ini setelah parti itu gagal membela nasib bangsa melayu dan memperingati peristiwa berdarah ini mungkin UMNO mahu mengalihkan pandangan orang ramai betapa gagalnya mereka membela bangsa sendiri




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.