PAS negeri Perak telah mengorak langkah awal sebelum menghadapi PRU 13 dengan mengadakan majlis dailog dengan penganut kristian dari berbagai mazhab yang ada pada agama tersebut di Ipoh baru-baru ini dengan tajuk PAS FOR ALL, ia bertujuan mengikis tomahan BN/UMNO yang selama ini menakut-nakutkan golongan ini dengan PAS
Kehadiran ketua-ketua berbagai mazhab kristian itu menampakkan minat yang tinggi dari kalangan mereka menunjukkan mereka bersungguh-sungguh mahu tahu pendirian PAS yang sebenar dalam masalah bersama yang berkaitan hukum hidup dalam bermasyarakat, seorang padri telah menyatakan jika PAS mengambil langkah awal 3 tahun dulu ada kemungkinan perjuangan PAS FOR ALL boleh di terima oleh penganut agama tersebut
Selama ini PAS telah mengambil sikap berhati-hati dengan kumpulan ini di samping menangkis berbagai hujah yang di lemparkan oleh UMNO terhadap PAS terhadap golongan tersebut dan mungkin juga pada ketika itu PAS tidak ada ruang untuk bertemu dan berdailog dan sekarang nampaknya peluang untuk menerangkan segala hal sudah terbuka luas dan perjumpaan susulan yang lebih kerap perlu di ushakan
Langkah PAS ini mungkin akan menggusarkan BN/UMNO kerana perhubungan PAS dan Kristian yang telah di retakkan oleh BN/UMNO selama ini telah di pulihkan demikian juga dengan kaum yang lain yang mana UMNO telah mempertakutkan mereka dengan perjuangan PAS
1 orang berkata:
Salam Pak,
Moga sihat selalu...
Semua pihak boleh terima PAS.Yang tidak boleh terima PAS ni orang UMNO.Kerana mereka takut dengan bayang-bayang mereka sendiri..
Post a Comment