Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KELAB PENYOKONG PAS

Salam

Kelab penyokong PAS di negara ini akan  mengetahui keputusan yang bakal di ambil oleh  pucuk pimpinan parti itu sama ada ia mendatangkan faedah kepada dasar parti atau sebaliknya, melihatkan kepada seasana politik tanah air yang ada maka kajian terperinci perlu di buat tanpa menjejaskan dasar pokok perjuangan parti

Menerima mereka sebagai rakan yang bersama-sama untuk menjayakan dasar parti jika di lihat dari pandangan kerja-kerja dakwah ia sangat baik dan perlu di teruskan sekalipun mereka itu di benarkan sebagai anggota parti yang bersekutu ataupun sebagai calon di mana-mana pilihanraya mengikut kesesuaian dan permintaan

Ahli kelab penyokong PAS yang terdiri dari kaum dan agama yang lain tentunya ada yang mendorong mereka berjinak-jinak untuk menyokong perjuangan PAS sekali gus apabila mereka berada bersama-sama PAS di harapkan mereka lebih bersungguh-sungguh hendak mengetahui apakah yang mendorong PAS mengambil dasar agama sebagai dasar asas perjuangan  parti

Mereka tentunya telah berfikir panjang sebelum menceburkan diri mereka untuk menjadi kelab penyokong parti PAS yang mana pada satu ketika dulu mereka telah di pertakutkan dengan perjuangan islam oleh UMNO jadi dengan adanya minat mereka menghampiri PAS maka terjawablah  pembohongan UMNO yang menuduh PAS sebagai parti yang membawa keganasan dan zalim dan isu inilah yang di mainkan oleh BN/UMNO pada peringkat awal di Sibu akan tetapi akhirnya rakyat menolak mereka

Mengambil ahli kelab penyokong PAS dari kalangan kaum cina sangat baik kerana ia dapat membantu kerja penerangan bagi pehak PAS apakah yang sebenarnya dasar perjuangan PAS yang di pertakutkan oleh UMNO selama ini kepada kaum tersebut, setelah mereka memahaminya maka mereka tidak lagi takut kepada islam dan dasar yang di bawanya jadi dasar ini adalah dasar menjinak-jinakkan (Muallaf)  terhadap mereka sekali gus mendorong mereka untuk menyertai agama islam 

Apa yang penting dalam program ahli kelab penyokong PAS ini ialah dakwah, apabila mereka telah memahaminya maka di harapkan mereka akan mempercayainya dan mereka boleh membandingkan dengan pegangan hidup mereka yang mana yang lebih baik di antara keduanya dan PAS tidak payah nak perkenalkan islam melalui dakwah mereka yang mana kita tidak cari mereka akan tetapi merelah yang mencari kita, inilah satu rahmat dakwah yang Allah telah permudahkan






2 orang berkata:

Soberano Kanyanga said...

Dear,
I don't undersatand your language, but here I'm to glad you for the visit you did to my blog mesumajikuka.
Many Thanks
Luciano Canhanga (from Angola)

Soberano Kanyanga said...

Dear,
I don't undersatand your language, but here I'm to glad you for the visit you did to my blog mesumajikuka.
Many Thanks
Luciano Canhanga (from Angola)

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.