Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HINANYA MANUSIA DI SISI ALLAH

Salam

Mari kita mendengan firman Allah di dalam al quran:

قا لت الأ عراب ء امنا قل لم تؤ منوأ ولكن قو لوا أسلمنا ولما يد خل الأ يمن
فى قلو بكم وأن تطيعوا الله ورسوله لا يلتكم من أ عملكم شيأ أن الله غفوررحيم

Maksudnya:  Orang-orang arab (badwi) berkata kami telah beriman, katakanlah wahai Muhammad " Kamu belum lagi beriman kerana keimanan belum lagi masuk ke dalam hati kamu, katakan saja kamu telah islam, dan ingatlah, jika kamu ta'at kepada Allah dan RasulNya, Allah tidak mengurangkan sikitpun dari pahala amalan kamu, kerana Allah sangat pengampun lagi amat mengasihani  (Al Hujurat ayat 14)

Ayat yang di atas satu pengajaran kepada kita bahawa kita jangan berbangga dengan telah islamnya kita selagi kita belum beriman kepada perkara keimanan yang membawa kepada iman dan amal,  kita jangan menjadi arab baduwi yang berbangga dengan apa yang mereka tidak faham, apabila mereka mengakui telah beriman maka Allah s.w.t telah menyuruh kepada baginda Rasullullah s.a.w menyatakan kepada arab baduwi itu bahawa mereka sudah menjadi orang islam bukan sudah menjadi orang yang beriman kerana keimanan itu belum lagi masuk ke dalam hati mereka

Manusia  perlu memahami apa yang menjadi keutamaan kepada Allah dan RasulNya tentang kedudukan manusia di sisi Allah, mereka perlu membezakan di antara islan dan keimanan, sebab itu di dalam al quran tidak ada satu ayatpun Allah menyeru kepada orang yang telah islam atau yang beragama islam akan tetapi Allah menilai manusia dengan keimanan sebab itu lah di dalam al Quran Allah menyeru kepada orang-orang yang beriman sebanyak 88 kali sebagai ingatan, ini bererti seorang yang mengakui dirinya telah islam tanpa mereka beriman kepada perkara keimanan maka islamnya belom lagi confirm

Allah s.w.t juga telah mengingatkan kepada manusia bahawa Dia telah menjadikan manusia itu berpuak-puak dan berbangsa-bangsa sebagai mana firmanNya:

يأ يها الناس أنا خلقنكم  من ذ كروأنثى وجعلنكم شعو با وقبائل
لتعارفوا أن أكرمكم  عندالله أتقكم أنالله عليم  خبير                                            

Maksudnya:  Wahai manusia, Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan di antara satu sama lain, sesungguhnya  yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu, sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenali sesuatu   (Al Hujurat ayat 13)       

Jelas sudah tujuan Allah s.w.t menjadikan manusia bukan bangsa itu di jadikan dasar  perjuangan untuk hidup kerana jika kita jadikan puak dan bangsa itu sebagai dasar maka ia adalah terlarang kerana ia di anggap menyanggah al quran ayat yang di atas yang tujuannya hanyalah untuk berkenal-kenalan di antara satu dengan yang lainnya dan dasar perkenalan itulah akan melahirkan ketakwaan dan keimanan, dan ayat yang di akhir juga menyedarkan kita dengan menyebut   أنالله عليم خبير   (Sesungguhnya Allah Maha mengetahui  lagi mengenali sesuatu)  Jadi kita jangan buat perkara yang tidak di tuntut oleh Allah atau menyelewengkan ayat tersebut di atas 

Yang di dahulukan oleh Allah s.w.t ialah harga diri setiap manusia dengan keimanan dan ketakwaan bukan kerana telah islamnya kita,dan di sinilah pengajaran yang sangat mahal harganya di dalam diri kita dengan keimanan supaya hilang sifat-sifat Iblis dan syaitan yang kita miliki seperti kaum jahiliyah yang di benci oleh Allah s.w.t                    

1 orang berkata:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Syabas Pak, lebih baik jadi pendakwah rather than pengkritik politik..memandang umur dan pengalaman dan juga ilmu yg Pak perolihi. TQ Pak for the n3.
Saya amat tertunggu2 n3 baru utk Umarak Dagang..yang pernuh dgn Tasauf

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.