Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DUIT UNTUK TUMBANG KERAJAAN BN/UMNO

Salam

Sudah lama tahu hal beli membeli ni tapi Pakatan Rakyat tetap membisu, jika kita lawan BN/UMNO dengan air liur maka alamat dapat letih la, alamat membuang masa la, alamat  tersungkur la, akhirnya kita tuduh menuduh sesama sendiri dan BN/UMNO buuuu sama kita, maka keluarlah perkataan yang menyakitkan hati yang berakhir dengan permusuhan sepanjang hayat

BN/UMNO sudah banyak belajar mengkaji kedudukan rakyat yang ada di dalam negara ini iaitu rakyat yang suka meminta-minta kerana kerajaan BN/UMNO sudah ujudkan polisi mengekalkan rakyat susah dan miskin supaya nanti apabila ada pilihanraya maka rakyat akan meminta-minta, polisi ini terpaksa di ujudkan oleh kerajaan BN/UMNO untuk kepentingan politik mereka

Rakyat di negara ini kurang sensitiv dengan perkara ini ataupun kurang sedar bahaya ini sebab kerajaan sentiasa menyatakan mereka sentiasa prihatin dengan kehidupan rakyat di utamakan jadi rakyat sentiasa menunggu-nunggu apa yang mereka harapkan yang kadangkala ia hanyalah suatu mainan politik semata-mata yang berakhir dengan menyalak kerajaan yang ada

Bagi mereka yang ada cita-cita untuk menukar polisi kerajaan yang ada maka mereka kadangkala terikut-ikut dengan dasar kerajaan BN/UMNO iaitu mereka mencari wang yang banyak untuk lawan kerajaan BN/UMNO namun tentunya mereka tidak berdaya mealakukannya kerana ia tidak akan sampai kemana kerana sikap rakyat pula suka kepada siapa yang boleh bagi banyak wang, sudah tentu BN/UMNO yang menang kerana wang mereka lebih banyak dari pakatan

JADI APA YANG KITA BOLEH BUAT ?

Pada pandangan Pak Karamu hanya ada dua  jalan sahaja yang kita perlu buat iaitu kembali pada persoalan akidah iaitu sebagaimana yang telah di lakukan oleh baginda Rasullullah s.a.w iaitu menyedarkan  rakyat betapa bahayanya hidup tanpa akidah yang betul, sekalipun ia akan melahirkan pro dan kontra kerana ia akan melahirkan tuduhan kafir mengkafir sesama masyarakat, namun batas-batas iman dan kufur mahu tidak mahu ia perlu di ketengahkan kerana tujuannya ialah untuk menyelamatkan semua pehak

Allah telah memberikan ketetapan di dalam al quran tentang hukum hakamNya dalam perkara batas-batas iman dan kufur jadi gunakanlah ia selagi manusia mahu tetap tinggal sebagai seorang islam yang betul ataupun tidak, saya sentuh hal ini kerana ia telah menjadi sejarah dalam perjuangan islam sekalipun ia akan di tentang oleh golongan yang zalim kerana memperjuangkan semangat bangsa yang di larang oleh Allah melakukannya kerana rosaknya manusia sebagai umat Muhammad s.a.w

Atau kita berperang sahaja sebagaimana yang berlaku terhadap baginda Rasullullah s.a.w di zamannya dan mengikutinya adalah syahid bagaimanapun perkara ini mungkin agak payah dan sangat bahaya kerana tiada sepakatan rakyat dan di harapkan janganlah sampai ketahap yang sebigini berlaku di negara ini kerana bukan sahaja ia akan membahayakan negara dan nyawa manusia bahkan ia mungkin tidak lagi sesuai, kerana itu semua pehak perlu fikirkan adab masing-masing cara berpolitik untuk memenangi sesuatu kuasa memerintah

Ikhlas dari Pak Karamu

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.