BN/UMNO jangan jadi orang bebal dan hilang pertimbangan dan jangan rancang perkara tidak baik jika kalah di dalam mana-mana pilihanraya, mereka wajib menghormati kehendak rakyat, andainya rakyat sudah tidak suka kepada BN/UMNO maka bubarkan saja BN/UMNO dan tubuhkan parti yang baru
BN/UMNO masih boleh dan mampu tubuhkan parti baru sebab mereka banyak duit and do it now ! Sebenarnya bukan sahaja orang ramai dah muak dengan BN/UMNO akan tetapi orang UMNO sendiripun sudah naik muak dengan UMNO kerana suka paksa orang sokong mereka
BN/UMNO perlu mencari satu kaedah baru jika mahu kekal memerintah di negara ini, konsep 1 Malaysia sebenarnya bukanlah idea dari pucuk pimpinan UMNO ia di cedok dari konsep DAP jadi orang ramai sudah nampak ketandusan orang UMNO yang tergesa-gesa menubuhkan 1 Malaysia
Sekarang orang UMNO nampaknya serba tidak kena dengan dasar perjuangan mereka yang tidak lagi menentu ke arah mana mereka hendak berjuang, apa yang mereka faham ialah mereka tetap dengan dasar kebangsaan sedangkan pemimpin mereka sudah mengubah dan meniru dasar orang lain hanya untuk meraih kemenangan
Memarahi dan mengugut kaum lain kerana sudah tidak menyokong mereka adalah suatu yang tidak demokratik sedangkan rakyat sudah begitu jemu dengan parti yang memerintah sebab sudah terlalu lama berkuasa dan telah banyak membuat kesilapan dan rakyat telah melihat ini semua sebagai memuakan
UMNO tidak lagi boleh memikat hati rakyat dengan sogokan rasuah yang mereka anggap satu cara rakyat kembali cenderung kepada mereka, budak-budakpun faham apabila di adakan pilihanraya maka mereka akan berkata "kali ini banyaklah rasuah politik yang di taburkan"untuk habuan kepada rakyat untuk memikat hati secara yang tidak demokratik, semua ini rakyat sudah maklum dan mereka sudah benci
Sebenarnya BN/UMNO perlu mencari satu kaedah yang baru yang di sukai oleh rakyat terutamanya golongan muda dan awas ! jika kaedah golongan muda ini banyak menjurus kepada maksiatpun mereka kurang berminat, jadi UMNO sebagai tonggak parti yang berkuasa mereka perlu mencari satu kaedah yang sesuai untuk rakyat di negara ini
0 orang berkata:
Post a Comment